Terkejut seorang remaja apabila haiwan peliharaannya yang baru memenangi pertandingan lembu cantik di Pantai Irama, Bachok mati depan mata di kandang rumahnya di Kampung Kubang Edang, Peringat, 24 Oktober lalu.
Mati ketika Mohd. Adam Mohd. Alamin, 16, memandikan Mek Bunga, remaja itu terkilan apabila tak sempat lihat anak lembu kesayangannya itu yang dijangka lahir dalam masa beberapa hari lagi.
Adam memberitahu sebelum rebah, Mek Bunga yang mengandung anak pertama itu menunjukkan kelainan apabila enggan memakan rumput dan dedak.
Remaja itu syak Mek Bunga baka Limousine yang bernilai lebih RM20,000 itu demam kerana sebelum ini Mek Bunga tidak pernah menolak jika diberikan rumput dan dedak.
Jelasnya, beliau memberi minuman aloe vera kepada Mek Bunga untuk menyejukkan badan selepas mendapati suhu badannya yang panas.
“Selepas itu, saya memandikan Mek Bunga sebelum ia tiba-tiba rebah dalam kandang.
“Saya terkejut melihat ia tiba-tiba mati di depan mata. Mek Bunga merupakan haiwan kesayangan saya sejak tiga tahun lalu dan saya menjaganya dengan baik sepanjang tempoh tersebut,” lapor Kosmo.
Betul-betul Adam dia tidak menjangka panas badan Mek Bunga itu boleh menyebabkan haiwan tersebut mati secara mengejut.
“Lembu itu memang tidak mahu makan sejak beberapa hari lalu. Saya fikir ia akan melahirkan anak tidak lama lagi. Rupa-rupanya petanda ia akan mati.
“Saya memelihara Mek Bunga sejak tanpa bantuan daripada ayah. Saya anggap kejadian ini tiada rezeki meskipun sudah membantu ayah menternak hampir 10 ekor lembu di kandang ini,” kata Adam lagi.
Baca:
“Rupanya macam makhluk asing” – Bayi tiga kepala dilahirkan di India
Goku tiba-tiba jadi kecil dalam siri baharu Dragon Ball DAIMA, bakal ditayang tahun depan