Ais batu antara benda ‘wajib ada’ di rumah bahkan dalam peti setiap rumah pasti akan menyimpannya.
Ia banyak digunakan bagi menyejukkan minuman dan dihidangkan kepada tetamu.
Ketika majlis keramaian, aktiviti, program dan kenduri-kendara, ais batu sememangnya menjadi perkara penting.
Ramai yang sanggup memborong berbeg-beg ais batu untuk dijadikan stok lebih-lebih lagi keadaan cuaca panas yang sudah sinonim dengan Malaysia.
Ais batu ini boleh didapatkan di mana-mana kedai runcit, bagaimanapun kadangkala ia sedikit terhad dari segi waktu operasi dan kuantiti ais.
Ini kerana kebanyakan kedai hanya beroperasi sehingga jam 10 malam dan bekalan ais batu yang ada hanyalah terhad dan habis terjual.
Perkara ini tentunya memaksa sesiapa sahaja pergi dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari ais batu.
Baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik di Instagram @nasiayammakchili memaparkan seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Isaac Osman berkongsi tempat membeli ais batu dari sebuah kiosk layan diri.
Menariknya dalam klip tersebut, kiosk itu seperti ‘mini gudang’ ais batu yang disediakan di kawasan awam.
Menurut Isaac, kios ais ini dibuka setiap hari 24 jam dan terletak di Sentul.
Oleh itu, orang ramai tidak perlu tercari-cari ais batu jika tiada pada waktu malam khususnya di musim perayaan.
Video berkenaan menunjukkan timbunan ais batu yang ada di dalamnya.
Beli secara Self Service
Kaedah pembelian juga tidak terlalu rumit kerana menggunakan perkhidmatan layan diri. Panduan pembelian juga telah disediakan di kiosk berkenaan.
Cara penggunaan
Pertama, tekan butang yang mempunyai simbol bintang “*” untuk ke menu utama.
Kedua, tekan jumlah bilangan ais (beg) yang diingini.
Ketiga, masukkan duit kertas atau syiling secukupnya.
Kemudian, buka pintu dan ambil ais. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kiosk ini tidak menyediakan pulangan baki.
BACA: Baru tahu rupanya ada cara beli baju H&M tanpa perlu guna duit!