Realtime website trackingweb stats

Lelaki kongsi ‘Pomen’ jujur, tak ‘Tekan’ pelanggan harga baiki kereta

Oleh NURAIMAN

Satu perkongsian seorang lelaki mengenai pengalamannya di bengkel membaiki kenderaan baru-baru ini telah menarik perhatian ramai kerana sikap jujur mekanik di situ.

Dalam satu hantaran di laman X, Amal berkongsi bahawa kawannya telah pergi ke beberapa bengkel

Dan dimaklumkan bahawa dia perlu menukar satu set absorber bahagian belakang yang berharga RM700.

“Member datang masalah absorber, 2-3 bengkel suruh tukar 1 set belakang. Jumpa pomen ni, tukar bush harga berapa puluh ringgit je setel.

Tapi kesian la sale jadi rendah. Diorang kata; Tak apa, rezeki Allah yang bagi,” kata Amal.

Lelaki kongsi ‘Pomen’ jujur, tak ‘Tekan’ pelanggan harga baiki kereta

Amal percaya bahawa mereka sanggup tidak meletakkan harga yang tinggi atau menipu pelanggan demi mendapatkan rezeki yang lebih berkat.

“Tapi fikir balik, kemungkinan mereka sanggup lepaskan sale yang besar demi rezeki yang lebih berkat. Dapat bina kepercayaan orang, mungkin orang akan datang lagi,” tambah Amal.

bengkel viral pekerja jujur

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai di laman X dan turut tular di Facebook, di mana rata-ratanya berkongsi hantaran itu agar pemilik bengkel terbabit akan mendapat lebih ramai pelanggan.

Ramai yang seronok membaca kisah tentang mekanik yang bekerja dengan jujur kerana ia sangat jarang ditemui dalam masyarakat kita.

BACA: 5 tips untuk bersihkan dinding dapur kotor terkena percikan minyak