Lelaki jual peti ais buruk RM20000, ini sebab harganya mahal . Seorang lelaki mencuri perhatian netizen apabila dengan penuh yakin menawarkan sebuah peti ais lama untuk dijual pada harga RM20,000!
Menerusi video yang dimuat naik oleh @abang_mat2023 di TikTok, dia mendedahkan bahawa peti ais tersebut sudah bersamanya sejak dia berusia setahun lagi. Lebih mengejutkan, peti ais itu masih berfungsi dengan baik dan tidak pernah ditambah gas sepanjang tempoh penggunaan.
“Siapa yang nak beli, boleh letak dekat muzium negeri. Contact Abang Mat, saya jual dengan harga RM20,000,” katanya dengan selamba.
Di penghujung video, lelaki itu turut berkongsi beberapa kata-kata motivasi buat para penontonnya.
Netizen Terkejut, “Tak Masuk Akal!”
Video yang telah meraih lebih 1 juta tontonan itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana dia boleh terfikir untuk meletakkan harga setinggi itu bagi sebuah peti ais yang jelas kelihatan uzur.
Ada yang menganggap harganya tidak masuk akal, namun tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman mereka memiliki perkakasan rumah lama yang masih boleh digunakan sehingga ke hari ini. Menurut mereka, barangan elektrik zaman dahulu memang terkenal dengan ketahanan dan kualitinya yang lebih baik berbanding sekarang.
Apa pendapat anda? Adakah peti ais ini benar-benar bernilai RM20,000 atau sekadar gimik semata-mata?
BACA LAGI :
letak garam dalam peti ais akan berlaku keajaiban yang sangat besar
Ini sebabnya kena letak duit syiling dalam peti ais sebelum keluar rumah atau balik kampung
Baru tahu rupanya bahaya simpan telur di rak tepi pintu peti ais, ini sebabnya