Realtime website trackingweb stats

Lelaki diserang sekumpulan monyet hingga jatuh tebing, rupanya ini yang dibuat sebelum tu

Oleh ADINDA

Lelaki diserang sekumpulan monyet hingga jatuh tebing, rupanya ini yang dibuat sebelum tu. kencing di tepi jalan, seorang lelaki diserang sekumpulan 10 ekor monyet sehingga mengalami kecederaan parah.

Kejadian yang berlaku di Ranong, Thailand itu turut mengakibatkan Manee Chitdutsadee, 44, terjatuh dari tebing setinggi 50 meter ketika cuba mengelak daripada serangan berkenaan.

Malah, kumpulan haiwan tersebut terus mengejarnya sehingga ke bawah tebing sebelum dia diselamatkan oleh seorang pengguna jalan raya yang turut melalui laluan berkenaan.

Pihak berkuasa dan orang awam membawa Manee naik dari tebing setinggi 50 meter.

Keadaan Manee bagaimanapun dilaporkan stabil dan pulih selepas dirawat di Hospital Sawee di Ranong.

Pun begitu, kecederaannya pada masa ini tidak diketahui walaupun disahkan seorang pemandu telah campur tangan dan memaklumkan pihak berkuasa.

Terdahulu, ia bukanlah satu-satunya serangan monyet yang berlaku dengan Daily Star sebelum ini pernah melaporkan beberapa insiden berbahaya yang melibatkan monyet mabuk.

Haiwan itu didakwa menyerang sehingga 4,000 orang dalam tempoh tiga bulan ketika penduduk tempatan membiarkan primata itu minum minuman keras bersama mereka.

Baca:

Tindakan cekap ketua balai polis ini jadi contoh untuk anak buah, PDRM pun dipuji ramai

Influencer Rusia mati muda di Malaysia, rupanya ini yang dia makan buat kita fikir dua kali

Objek dikesan terbang mirip UFO, ramai pula yang nampak di lokasi berbeza