Lebih 9,000 rakyat Palestin maut akibat dibedil senjata tentera Zionis Israel. Ramai lagi cedera di Gaza manakala ribuan lagi penduduk di Tebing Barat yang dijajah pendatang Yahudi terbunuh dan cedera.
Selain mengebom Gaza bertubi-tubi, penjajah Israel turut membakar rumah, kedai dan kereta malah memukul dan membunuh rakyat Palestin di Tebing Barat.
Penindasan oleh pendatang Yahudi di Palestin yang berlarutan sejak lebih 70 tahun ini menyaksikan giatnya kempen Gerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS).
Gerakan perpaduan Palestin menerusi BDS ini amat berpengaruh dalam menggugat kedudukan ekonomi dan politik Israel.
Banyak syarikat korporat yang disasar BDS mengalami kerugian besar berbilion dolar akibat beroperasi dan mengaut keuntungan di tanah Palestin yang diduduki Israel.
Ikuti pendapat FIRDAUS ALI berkenaan trend kejatuhan saham beberapa syarikat yang dikaitkan dengan Israel:
Alhamdulillah! Allahuakbar!
Jatuh teruk! Starbuck, Walt Disney antara yang seluruh dunia kecam dan boikot. Lima hingga enam hari terus menjunam.
Kalau syarikat-syarikat gergasi ni jatuh 20 hingga 30% pun dah cukup merana. Nak bebaskan Palestin dengan amalan boikot ini secara fizikal belum pasti, cuma apa kesan boikot ini buat anda yang ada hati budi, ada hati perut?
1. Pengajaran dan hukuman
2. Kesan jangka panjang kepada bisnes mereka dan label badman badcom melekat macam sticker.
3. Pengajaran kepada syarikat lain untuk berhati-hati jaga jarak hubungan mereka dengan negara zionis Yahudi.
4. Kita dapat kenal pasti siapa saudara dan sahabat, siapa yang buat tak endah dan siapa musuh.
(Neutral ini sama ada dia jahil atau tidak kisah, dia tahu perut dia saja)
Jangan bagi muka. Tinggalkan selamanya. Potong semua langganan anda lakukan demi iman dan ehsan. Jeling-jeling sikit siapa-siapa yang anda ternampak lepak Starbuck tu.
Untuk anak-anak sila langgan Durio+ Plus cerita Saladin pun ada. Bagus untuk anak-anak dan keluarga.
Untuk pengetahuan anda, ChatGPT pun generatornya sedikit bias dalam soalan kedaulatan Palestin. Mungkin sistem AI ini tidak mampu saring atau filter inputnya, keliru.
Baca:
Maklumat lengkap STR 2024 termasuk jumlah baharu dan jadual bayaran
Kantoi curi barangan RM108.18, kena penjara sehari, perbuatan ‘instafamous’ seksi ini mengejutkan