Lebih 200 ribu menolak Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri

Oleh ADINDA

Satu kempen dalam talian menolak pelantikan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri ke-9, mendapat lebih 200,000 tandatangan warganet, sejak dilancarkan semalam.

Petisyen itu menulis bahawa rakyat tidak mahukan Ismail dilantik sebagai perdana menteri kerana ketika menganggotai kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau dikatakan cuai dan gagal menangani wabak Covid-19.

Petisyen atas talian yang dibuat memperoleh bantahan lebih 200,000 untuk menolak Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri

Petisyen yang tersebar di laman-laman sosial dengan mesej “We don’t want Ismail Sabri Yaakob to be prime minister Malaysia. Do you agree?” boleh diakses di link http://chng.it/9RzkLfg8

Ketika ini, Ismail dipercayai memperoleh sokongan 114 Ahli Parlimen menjadikan kelebihan majoriti berpihak padanya.

Jika semua sokongan itu dapat disahkan di hadapan Yang di-Pertuan Agong hari ini, maka Anwar Ibrahim gagal mendapat sokongan majoriti dengan jumlah terkini hanya 105 sokongan Ahli Parlimen.

Selesai mengumpul perakuan sokongan daripada kalangan Ahli Parlimen, Yang di-Pertuan Agong akan bermesyuarat bersama Majlis Raja-raja Melayu, Jumaat ini, bagi memutuskan hal berkenaan pelantikan perdana menteri dan pembentukan kerajaan baharu.