Sudah tentu anda ingat, selepas sah menjadi suami pada tahun 2013, pelakon dan pengarah yang hebat, Pierre Andre, tiba-tiba ‘hilang’ dari dunia seni.
Selepas lebih daripada 10 tahun ‘menghilangkan diri’ dari dunia seni, Pierre kembali untuk mengarah filem Jangan Pandang Belakang 2 yang dijangkakan akan ditayangkan pada hujung tahun ini.
Kata pelakon itu, dia mengambil masa untuk menerima tawaran daripada David Teo selepas lama tidak duduk di kerusi pengarah.
Pierre juga berkongsi dengan media bahawa dia tidak mempunyai akaun media sosial atau menggunakan telefon bimbit.
Di katakan, keputusan tersebut dibuat kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada isteri dan dua anak mereka.
“Kalau nak hubungi, hubungi isteri saya. Saya rasa sangat bebas tidak menggunakan telefon.”
Pierre mengatakan perkara yang berbeza sebelum dia bernikah, di mana dia selalu menggunakan telefon dan itu menyebabkan tekanan kepadanya.
Baca:
4 sebab kenapa tidak digalakkan hidup menyewa terlalu lama, no 2 sangat penting