Realtime website trackingweb stats

‘Lawa pula simpul bunjut atas kepala tu’ – Hasil imej AI ini munculkan kembali 6 lagu

Oleh NURAIMAN

Sudah jadi trend sekarang orang seronok menghasilkan imej AI menggunakan ‘prompt’ tertentu.

Pelbagai imej menarik dengan beridentitikan Melayu boleh diperoleh menggunakan aplikasi Bing.

Hanya perlu tahu tulis ‘prompt’ untuk hasil yang lebih ‘detail’ dan ‘sharp’ ikut apa yang anda mahukan.

'Lawa pula simpul bunjut atas kepala tu' - Hasil imej AI ini munculkan kembali 6 lagu

Antaranya, Azlan Ibrahim yang berkongsikan imej janaan A1 dan mengajak warga maya teka tajuk lagu.

Hasilnya 5 lagu ini antara yang kerap disebut warganet:

  • Pergi Tak Kembali – Rabbani
  • Seperti Mati Hidup Semula- Butterfingers
  • Menanti di Barzakh – Far East
  • Selimut Putih – Orkes El Suraya
  • Kuburkan Aku – Wings
  • Mati Hidup Semula – Jamal Abdillah

Dalam masa sama, orang ramai terhibur dengan imej simpulan bunjut di atas kepala ‘jenazah’ berkenaan.

“Cantiknya dia punya simpul bunjut atas kepala tu, lain macam fesyen dia,” kata netizen.

Ada juga yang berseloroh bahawa mayat bangkit semula sebab roh tak tenang hutang tak bayar.

Malah, imej AI itu juga mirip seorang usahawan kontroversi selain mengingatkan watak Tok Adi lakonan Nasir Bilal Khan dalam siri drama ‘Penggali Kubur’.

Baca:

Bukan Chef Wan yang bayar gaji, rupanya hanya terlibat dalam kualiti makanan saja

Selepas lebih 3 tahun orang sibuk bertanya, ini sebabnya Uqasha Senrose sekarang gembira

Idea trendy hias ruang tamu, nampak elegan dan tenang