Memang tabik spring buat pemain sayap Belanda, Anwar El Ghazi yang tetap teguh mempertahankan keputusannya menyokong Palestin secara terbuka.
Akibatnya, beliau dapat ‘habuan’ apabila kontraknya bersama kelab Bundesliga, Mainz musim ini dibatalkan serta-merta.
Kontrak pemain berkenaan akhirnya dibatalkan oleh pihak pengurusan memandangkan kelab Jerman itu memiliki sentimen menyokong pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
“Demi memastikan kelangsungan kelab, kami mengambil keputusan untuk membatalkan serta-merta kontrak El Ghazi susulan beberapa hantaran yang dimuat naik menerusi media sosialnya baru-baru ini,” menurut kenyataan Mainz.
Untuk rekod, El Ghazi yang pernah mewakili Aston Villa dan PSV Eindhoven, berhijrah menyertai Mainz pada jendela perpindahan Julai lepas dengan kontrak selama dua tahun sehingga musim 2025.
Namun, respon pemain berusia 28 tahun itu yang mengecam tindakan rejim Zionis membunuh ribuan rakyat Palestin memang mengagumkan.
“Saya tidak kesal dan akan sentiasa menegakkan keadilan. Hukuman seperti kehilangan karier cukup kecil buat saya jika dibandingkan dengan konflik di Palestin,” katanya, dipetik Agensi.
El Ghazi percaya beliau telah melakukan keputusan tepat bersuara secara lantang selain tidak takut kariernya terjejas kerana apa yang dilalui oleh rakyat Palestin cukup perit untuk diterima.
Sejak awal keganasan Israel di Palestin pada 7 Oktober lalu lagi, El Ghazi lantang bersuara menerusi media sosialnya.
Beliau telah berkongsi beberapa catatan di media sosial termasuk ungkapan “dari sungai ke laut, Palestin akan bebas”.
Slogan yang menzahirkan kebebasan untuk tanah dan rakyat Palestin itu memang menakutkan pengganas Israel.
Baca:
Dah kenapa pula kena tanggung di Padang Mahsyar? Ini jawapan Uqasha
Ikon fesyen terkejut dituduh berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, ini respon Fazura
Tiada tapak kaki kanan, kaki kiri pula ada tiga jari, tapi sikap positif OKU cilik ini mengagumkan