Realtime website trackingweb stats

Lama dia perhati dan bertanyakan tentang solat dan puasa, rupanya ini punca Nerosha peluk Islam

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Sibuk bersukan pun, rakan-rakan sekelilingnya tetap mencari masa untuk mengerjakan solat.

Walaupun ada acara malah menjalani sesi latihan semasa bulan Ramadan pun rakan-rakan Muslimnya selamba berpuasa.

Nerosha Keligit Thiagarajan benar-benar tertarik dengan amalan yang dilakukan mereka. Akhirnya, atlet yang memenangi perak pada temasya Sukan Sea 2021 di Hanoi itu membuat keputusan paling besar dalam hidupnya.

Ahli sukan yang menyinar dalam sukan boling negara itu kini sudah terbuka hati untuk memeluk Islam.

Lama dia perhati dan bertanyakan tentang solat dan puasa, rupanya ini punca Nerosha peluk Islam
Nerosha melafazkan dua khalimah syahadah di hadapan Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan.

Nerosha selamat melafazkan dua kalimah syahadah di Bilik Hidayah, Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan, petang 21 September lalu.

Berita menggembirakan itu dimaklumkan menerusi Facebook Perkim dengan menampilkan gambar Nerosha kelihatan teruja dan gembira menjadi saudara baharu Islam.

Gadis berasal dari Sarawak itu melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) Perkim Kebangsaan Muhammad Jais Mariappan Abdullah.

Sebelum ini pun, atlet yang mengharumkan nama Malaysia dengan meraih emas Kejohanan Dunia pada edisi 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat itu banyak bertanya.

Beliau sering bertanyakan kepada rakan-rakan Muslimnya kewajipan bersolat, berpuasa dan ibadah lain.

“Saya mempercayai dan meyakini dengan keesaan Allah SWT,” katanya.

Baca:

Pulih sepenuhnya kanser tahap 4, pengalaman remaja hafaz al-Quran ini mengagumkan

Muka macam Sudirman, ramai kagum, penampilan penyanyi ini mengubat rindu rakyat Malaysia

Anak baru keluar 3 bulan, isteri bagitahu mengandung lagi, reaksi suami buat netizen terhibur