Realtime website trackingweb stats

Lain masakan, lain potongan! Individu ini kongsi cara potongan bawang ikut jenis makanan

Oleh NUR KASIH

Bukan banyak orang yang tahu bahawa selain daripada menggunakan bahan perencah, cara memasak juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kenikmatan hidangan.

satu kemahiran memasak yang sangat penting untuk mencapai hidangan yang sedap ialah cara memotong bawang.

Tidak kira sama ada bawang putih atau merah, cara memotong yang betul boleh memberikan keistimewaan kepada hidangan yang dimasak, menjadikannya lebih sedap dengan sendirinya.

Dibawah ini, kami akan berkongsi dengan anda jenis potongan bawang merah dan bawang putih, serta jenis hidangan yang sesuai untuk setiap potongan tersebut.

Lain masakan, lain potongan! Individu ini kongsi cara potongan bawang ikut jenis makanan

BAWANG MERAH

  1. Potong: Potong melintang untuk mendapatkan potongan seperti gegelung dan mayang.
  1. Gegelung: Dipotong sesuai dengan ketebalan yang diinginkan, sangat sesuai untuk masakan berkicap dan masak merah.
  1. Mayang: Iris halus secara melintang, sesuai untuk menumis atau membuat bawang goreng.
  1. Belah: Potongan tegak untuk menghasilkan potongan lainnya.
  1. Baji (wedges): Digunakan sebagai hiasan dalam masakan seperti sup, kari, hingga kebab.
  1. Hiris: Potongan tipis dan halus secara tegak yang diulang-ulang. sesuai untuk tumisan, hidangan salad, atau sebagai bahan pencelup seperti budu, sambal, dan sebagainya.
  1. Dadu: sesuai untuk membuat cucur cekodok, jemput bilis, atau bawang.
  1. Dadu kecil atau cincang kasar: Sesuai untuk sajian goreng seperti nasi goreng, bihun, dan mie goreng.
  1. Cincang: sangat sesuai untuk perapan dan tumisan.

BAWANG PUTIH

Lain masakan, lain potongan! Individu ini kongsi cara potongan bawang ikut jenis makanan

  1. Buah labu atau selabu: Setiap labu mengandungi 1-15 biji ulas.
  1. Ulas (cloves): bahagian daripada selabu.
  1. Ketuk: Gunakan lesung batu atau pisau untuk menumbuk bawang. Sesuai digunakan dalam pelbagai jenis masakan.
  1. Mayang: Potongan melintang yang sesuai untuk menumis atau sebagai hiasan.
  1. Hiris: Potongan yang hampir sama seperti mayang, tetapi ditegakkan. sesuai sangat untuk digunakan sebagai hiasan dan dalam proses menumis.
  1. Racik kasar atau mancis: Sesuai untuk dijadikan sos, dimasak dengan cara direbus atau dikukus, dan digoreng.
  1. Racik halus: Sedikit lebih halus daripada racik kasar. Tidak banyak resipi yang memerlukannya, tetapi boleh digunakan dalam masakan seperti racik kasar.
  1. Dadu: Sesuai digunakan untuk membuat sos, tumisan, dan nasi goreng.
  1. Cincang: Digunakan khusus untuk membuat sos dan tumisan.

semoga bermanfaat.

Baca:

Port beli jiwa ‘aesthetic’ dan cantik yang jual cromboloni ‘crunchy’

Penternak babi Pulau Pinang dapat RM6 juta, rupanya pasal ini dapat pampasan

Jadi ketua negara ke-17, jom kenali sedikit sebanyak latar belakang Sultan Ibrahim