Untuk mereka yang ingin tahu cara membersihkan kunyit dari tangan, berikut adalah tip yang efektif untuk menghilangkan bekas kunyit.
Apabila kita memasak hidangan yang mengandungi kunyit, pastinya warna kuning itu akan melekat pada tapak tangan kita.
Mungkin ada beberapa daripada anda tidak tahu yang kunyit juga sangat baik untuk merawat muka yang ada jerawat dan kesan parut jerawat.
Mari kita lihat beberapa petua dan tip untuk membersihkan warna kunyit pada tangan.
TIP HILANGKAN KESAN KUNYIT PADA TANGAN
Mungkin ada yang bertanya mengapa perlu susah payah untuk menghilangkan kesan kunyit, padahal kita boleh menggunakan sudu atau sarung tangan untuk mengaul kunyit.
Tetapi, jika sudah terbiasa menggaul tanpa menggunakan sebarang sarung tangan atau peralatan, pasti akan menggunakan tangan juga. Barulah dapat dirasai kelembutan tangan seorang ibu.
Berikut adalah beberapa petua untuk menghilangkan kesan kuning dengan berkesan. Anda tidak perlu bimbang tentang kuku dan tapak tangan yang kekal kuning.
1. Baking soda
Guna baking soda dan sapukan pada tangan yang terkena kunyit. Cara ini boleh membantu mengurangkan warna kuning, tetapi mungkin tidak hilang sepenuhnya.
2. Lemon/limau
Anda boleh menggosok dengan sekeping limau atau lemon pada tangan anda. Selepas itu, basuh tangan anda dengan sabun dan bilas seperti biasa. Ini memang berkesan dengan baik.
3. Cuka
Boleh mencuci dengan menggunakan sedikit cuka yang dicampur bersama sabun. Ini kerana cuka bersifat asidik, sama seperti jeruk.
4. Minyak zaitun / minyak kelapa
Sapukan sedikit minyak zaitun atau minyak kelapa pada tangan dan biarkan sekejap sebelum mencucinya dengan sabun dan air.
5. Garam dan minyak
Campurkan garam dengan minyak, lalu gunakan campuran ini sebagai pembersih. Gosokkan campuran tersebut pada tangan dan bilas dengan air.
Sentiasa ingat untuk mencuba kaedah membersih pada tompokan kecil kulit terlebih dahulu untuk memastikan ia tidak menyebabkan reaksi alergi.
Jika masalah warna pada kulit atau keadaan ini berlarutan, disarankan untuk berjumpa dengan seorang pakar dermatologi bagi mendapatkan nasihat yang lebih khusus.
Semoga bermanfaat.
Kredit: wawadels
Baca:
Hati-hati! Rupanya duit RM100 e-dompet Madani tak boleh diguna untuk 10 perkara ini
Teruja mahu makan nasi lemak, aksi spontan juri Masterchef Australia ini mengejutkan
Ramai risau kad RFID akan tamat tempoh 31 Jan 2024, ini penjelasan sebenar Touch ‘n Go