Realtime website trackingweb stats

Kualiti GTR burger dipertikai, ini penjelasan Nordin Mat

Oleh AHMAD ISMAIL

GTR Burger secara umumnya sebelum ini diketahui ramai sebagai antara rakan rasmi makanan dan minuman baharu buat Kedah Darul Aman (Kedah) bagi saingan musim 2024/2025.

Nama GTR Burger sememangnya tidak lagi asing di Malaysia kerana mereka memperkenalkan pelbagai jenis makanan berkualiti untuk terus dikenali ramai.

Menjadi selaku antara rakan rasmi Kedah pada musim ini, sudah tentu ramai mengharapkan kualiti makanan daripada syarikat tersebut sepadan dengan tawaran harga diperkenalkan.

Menerusi beberapa komen penyokong di media sosial, ramai mempertikaikan kualiti diberikan GTR Burger tidak sepadan dengan harga mereka perlu bayar.

Kualiti dipertikaikan itu dianggap wajar kerana penyokong Kedah perlu membayar dengan sejumlah harga agak mahal jika dibandingkan burger di luar stadium jauh lebih murah.

Kualiti GTR burger dipertikai, ini penjelasan Nordin Mat

Lebih menarik, salah seorang penyokong fanatik Sang Kenari iaitu Daniel Kincaid turut meluahkan rasa tidak puas hati akan kualiti GTR Burger sehingga meluahkannya sendiri di media sosial.

Luahan itu dibuat selepas beliau hadir ke Stadium Darul Aman (SDA) bagi menyaksikan perlawanan antara Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan separuh akhir Piala FA musim 2024/2025.

“GTR Burger Nordin Mat. Ni Vijay Hang Nak Bukti Ni Bukti. Video Ni Bertarikh 19 Julai 2024 Untuk Perlawanan Separuh Akhir Kedah Darul Aman FC VS JOHOR Darul Takzim FC Separuh Akhir Piala FA 2024.

“Kali Ni Beger tak Hangit Tapi Masak tak Habih Ingat Ni Steam Medium Rare Ka Buat Macam Tu? Elok La Lepaih Ni Kita tak Payah Beli Apa-apa Product GTR Burger Dalam Stadium Ni Tahan Lapaq Sat Habih Game Makan Di Luaq.

“Macam Pel*q Bayaq RM10 Dapat Lagu Ni Kami Ni Pikiaq Setiap Penjualan Set Burger Tu Ada Percent Masuk Kat Kelab Ja Tapi Buat Burger Supa Pel*q Pat Segi.

“Betoi2 Nega tak Jaga Quality Pun Pikiaq Untung Masuk Poket Sendiri Semata2 Lantik Operator Macam Dej*i Lagi,” luah Daniel di Facebook.

Luahan tersebut juga mendapat perhatian GTR Burger dan mereka turut memuat naik pendapat tersendiri mengenai kritikan telah diberikan oleh Daniel.

“Salam Tuan Daniel, terima kasih atas komen dan teguran yg diberikan kepada kami. Memang saya perasan beberapa teguran tuan kpd GTR Burger di Facebook sana sini termasuk di page Sabah FC juga baru baru ini bila ada penyokong JDT memuji Burger GTR di Stadium Likas.

“Saya juga dengan rendah diri memohon maaf atas segala kekurangan pasukan kami jika burger yang disediakan tidak dapat diterima kualitinya atas kelemahan pihak kami dan kami juga memantau komen komen yang diberikan untuk membaiki lagi kualiti.

“Namun posting dan komen tuan juga terus menerus ingin mencari kelemahan dan membuat posting mengecam semahunya bila saya tidak mahu menjawab tuan secara terbuka.

“Saya tiada masalah dengan kecaman , termasuk dari influencer terkenal seperti tuan yg perlukan perhatian di posting tuan, teruskan saja tuan, biar nampak konsisten soalah ada sokongan kuat di belakang juga.

“Malah saya ingin memberi sedikit cabaran kepada tuan dalam perlawanan yang akan datang ini di stadium Kedah Darulaman.

“Bagi tuan yang rasa harga RM10 bagi set burger dan air tidak berbaloi , walaupun burger yang kami sediakan lengkap dengan sayur, sos dan mayo (tidak sama dengan burger stadium) cuba tuan perhatikan kos kami yang sebenarnya.

“RM 5 bayaran burger yg lengkap di bayar kepada usahawan GTR yang sediakannya dengan kos logistik yang sangat tinggi untuk sediakan khemah dan peralatan di Stadium , dua hari kerja ni selama lebih 24 jam.

“RM1 untuk sediakan minuman air carbonat yang berjenama, cawan dan ais batu dan upah pekerja yang perlu setting dari jam 2 petang lagi.

“RM1 utk sediakan tenaga pekerja di stadium bagi urusan jual beli sejak jam 2 sebelum perlawanan.

“RM2 bayaran kepada pihak KDA FC yg akan dibayar selepas setiap perlawanan. RM1 mungkin ada sedikit keuntungan kepada pihak HQ GTR dan harus diingat ia juga bergantung jika ada burger yang tak habis dijual atau basah dan rosak terkena hujan akan ditanggung rugi oleh pihak HQ.

“Selain itu jangan lupa bayaran RM50 ribu tunai komitmen rakan startegik GTR untuk dibayar kepada pihak Kelab. Sedari awal pun sebelum kami masuk ke Stadium ini kami menyedari semua kos kos ini, dan kita bersedia menanggung untung dan rugi namun kami dengan sukarela ingin turut serta dalam membantu pihak Kelab menjana pendapatan dalam fnb ini.

“Saya sendiri amat bersimpati dengan pemilik KDA FC Tan Sri Daud Bakar yang terpaksa lakukan pelbagai usaha bagi menjana duit bagi membayar gaji pemain dan kakitangan terus bernyawa demi maruah negeri Kedah sendiri.

“Ya saya akui kami ada kelemahan dan tidak sempurna burger kami, kami akan perbaiki lagi, cuma dengan kekangan harga dan kos tersebut kami hanya mampu gunakan patty biasa sahaja cuma tidak lah sama dengan burger stadium biasa selalunya.

“Saya juga mungkin nak info tuan, selain sumbangan diatas saya juga turut membantu untuk kelab KDA mendapat tajaan tunai ratusan ribu ringgit baru baru yang tidak diumumkan secara rasmi bertujuan untuk kelab terus bernyawa, mungin tidak lah banyak mana bagi tuan tapi pada saya sangat bermakna pada masa yang sangat genting hinggakan satu ketika ada pemain yang enggan turun ke padang sebelum diberikan gaji dengan wang tersebut. Dan saya pun tidak pernah jaja cerita ini di mana mana.

“Itu cerita saya, pendiri GTR Burger yang hadir ke Kedah untuk sama sama berjuang bersama, saya lahir di Perak, tapi ibu bapa saya dari Kedah dan kebanyakan saudara mara saya memang di Kedah.

“Akhir kalam , saya ingin tawarkan peluang kalau tuan sanggup uruskan perniagaan burger di stadium ini pada game yang ke depa, saya ingin tawarkan tuan harga RM8.00 sebiji burger dan air karbonat, baki RM2.00 lagi bayar kepada Kelab KDA juga. Saya tak ambik apa apa untung pun tak apa.

“Tuan boleh panggil mana mana team tuan utk uruskannya dari awal sampai abis la. Ada berani ka? Jangan sembang deghaih dok kondem oghang saja noooo. Boleh hubungi saya untuk urusan next game ya,” ujar Nordin Mat selaku Pendiri GTR Burger.

BACA: Exco Kedah keluar arahan tutup operasi pasar malam pada waktu maghrib