Bagi penggemar durian, bila datang musim memang tak akan lepaskan peluang.
Lain pula dengan kisah di negara jiran ini apabila anaknya tidak dapat pulang untuk menikmati musim durian di kampung.
Sebuah video yang menjadi viral di media sosial Indonesia menunjukkan seorang wanita berkongsi bahawa dia menerima beberapa biji buah durian daripada ibu bapanya di kampung.
Keistimewaan buah durian tersebut adalah durinya telah dipotong, seperti yang dilaporkan dalam program berita Liputan 6 semalam.
Dalam video yang dikongsikan di platform TikTok, wanita tersebut memperlihatkan bahawa dia menerima seguni buah durian tanpa durinya daripada ibu bapanya.
“Ibu bapa saya mengirim satu guni buah durian dari kampung yang durinya sudah dibuang. Terkejut saya ketika membukanya,” kata wanita tersebut dalam keterangan video yang dikongsikan.
Walau bagaimanapun, yang menarik perhatian ialah keadaan raja buah tersebut yang, menurut netizen, kelihatan seperti buah sukun atau nangka muda.
“Itu bukan durian, itu sukun,” kata seorang netizen.
@vierrah27♬ original sound – Mark
“Ibu bapanya bersusah payah membuang duri pada durian tetapi ia kelihatan seperti (buah) sukun,” kata netizen lain. – AGENSI
Baca:
Mudah rupanya tanam taugeh, letak kacang hijau dalam balang, pungut hasil lepas 3 hari
Mereka menikus belakang pokok gharqad, ketahui cerita di sebalik pokok disebut Rasulullah ini