Realtime website trackingweb stats

KPKM Tampilkan Teknologi Pertanian Moden & Aktiviti Interaktif Menarik di Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Bukit Jalil

Oleh ADINDA

Antara pameran yang menarik bakal mencuri tumpuan orang ramai sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani adalah showcase pertanian moden di reruai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Program tersebut akan berlangsung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula pada 8 hingga 10 Disember ini.

Dalam satu kenyataan, KPKM memaklumkan bahawa satu pameran teknologi terkini dalam bidang pertanian akan menyediakan pengisian menarik kepada pengunjung, antaranya simulasi penggunaan dron pertanian dan mesin jentuai padi serta aktiviti pertanian secara realiti maya.

Berkonsepkan teknologi dan digital, selain showcase pertanian moden, KPKM menampilkan beberapa pengisian menarik di reruainya, iaitu di khemah 23 dan 33, antaranya pameran digital, demonstrasi, perkhidmatan, dan pocket talk yang dijangka memberikan manfaat kepada para pengunjung.

i) Pameran digital:

  • Pencapaian setahun Kerajaan Madani
  • Akuarium digital hidupan laut terancam

ii) Showcase pertanian moden:

  • Simulasi penggunaan dron pertanian
  • Simulasi penggunaan mesin jentuai padi
  • Aktiviti pertanian secara realiti maya

iii) Demonstrasi:

  • Kacukan anak pokok seperti durian, mangga, dan jambu;
  • Penghasilan kelapa telur (kelapa yellow dwarf);
  • Penjagaan dan dandanan kucing baka bulu panjang dan bulu pendek;
  • Ukiran buah-buahan mengikut imej terpilih;
  • Penyediaan sushi dari ikan tuna;
  • Eksport nangka ke pasaran global

iv) Perkhidmatan:

  • Dana pembiayaan Agrobank termasuk Program Geran Padanan Change Upgrade Product (CUP) dan Program Geran Padanan High Impact Product (HIP)
  • Geran usahawan KPKM termasuk Geran Agropreneur Mudav)

v) Lain-lain:

  • Reruai foto yang interaktif
  • Sampel makanan produk-produk usahawan tani dan uji rasa
  • Satu sesi pocket talk akan diadakan di pentas kedua bermula jam 12.10 hingga 1.10 tengah hari pada 10 Disember 2023 (Ahad).