Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan merancang program baharu dan menambah baik inisiatif sedia ada bagi meningkatkan hasil pertanian negara terutama tanaman padi.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ia termasuk penggunaan teknologi terkini dan penerokaan kawasan penanaman baharu yang akan dilaksana menerusi peruntukan Belanjawan 2024 yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas.
Menerusi Belanjawan 2024, KPKM diperuntuk RM6.17 bilion iaitu peningkatan sebanyak 14.4 peratus berbanding RM5.39 dalam Belanjawan 2023.
Mengulas pengapungan harga ayam dan telur di pasaran, Mohamad berkata KPKM bersama beberapa kementerian sedang membincangkan langkah pelaksanaan terbaik mengenai hal itu.
Terdahulu, Perdana Menteri pada sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam berkata langkah kerajaan melakukan pengapungan harga ayam dan telur di pasaran antara lain ialah bagi memastikan manfaat subsidi sebelum ini hanya dinikmati rakyat yang berhak bukannya warga asing dan golongan kaya.
Beliau berkata ini kerana sejak 2022, kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.7 bilion bagi menampung kos ayam dan telur.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio