Realtime website trackingweb stats

KPKM Komited Kerjasama dalam Siasatan Rasuah Subsidi Ayam dan Telur

Oleh AHMAD ISMAIL

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama berhubung isu rasuah melibatkan subsidi ayam dan telur.

Katanya menerusi sidang akhbar khas di wisma Tani, beliau mengambil maklum dan akan melakukan siasatan dalaman.

Ditanya mengenai tempoh prosedur proses tuntutan subsidi tersebut, Mohamad enggan mengulas lanjut.

Katanya, kes sedang disiasat dan perlu diberi ruang untuk siasatan dijalankan.

Terdahulu SPRM menahan presiden persatuan berkaitan penternakan selepas dipercayai memberi suapan RM17,000 kepada pegawai di sebuah kementerian.

Suapan itu didakwa bagi mempercepatkan bayaran tuntutan subsidi ayam dan telur berjumlah RM600 juta sejak Mei lalu.