Sebanyak 5,573 sesi Jualan Agro MADANI di seluruh negara setakat 24 Disember ini telah membabitkan nilai jualan RM92.76 juta, sekali gus melebihi sasaran ditetapkan tahun ini.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengeluarkan infografik status pencapaian Jualan Agro MADANI bertarikh 24 Disember yang mendedahkan jumlah sesi jualan sebanyak 1,097 di kawasan perumahan berkepadatan tinggi dan 546 sesi jualan di kompleks kerajaan.
Menurut kementerian itu, Jualan Agro MADANI telah disertai 74,639 usahawan dan 2.88 juta pengunjung, dengan nilai penjimatan kira-kira RM27.5 juta. Ia turut memanfaatkan 11.5 juta isi rumah.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, telah melancarkan inisiatif tersebut pada 16 April lalu yang menyasarkan 5,000 sesi jualan dengan RM39 juta nilai jualan tahun ini.
Program Jualan Agro MADANI adalah penjenamaan semula Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama strategik agensi di bawah KPKM, iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Inisiatif itu bertujuan membantu rakyat di seluruh negara mendapatkan bekalan produk segar dengan mudah, pada harga berpatutan dan penjimatan 10 peratus hingga 30 peratus berbanding harga pasaran tempatan.
Tarikan istimewa yang berbentuk barangan keperluan harian pada Jualan Agro MADANI adalah seperti barangan pertanian segar terpilih seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, telur, ikan, gula, minyak dan lain-lain, selain promosi Kombo MADANI.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio