Konsert Ed Sheeran, mufti mohon kementerian komunikasi ambil kira dan hormati pandangan terlebih dahulu

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor minta Kementerian Komunikasi untuk mendengar dan hormati pendapat mufti sebelum membenarkan sebarang aktiviti hiburan termasuk konsert.

Terutamanya dalam hal larangan terhadap aktiviti golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), ia tidak hanya berasaskan pendapat para ulama tetapi juga berdasarkan ajaran agama yang dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran dan hadis.

Beliau marah dengan penganjuran konsert yang melibatkan artis dari luar negara yang dikatakan penyokong tegar LGBT.

Baca Artikel Penuh