Realtime website trackingweb stats

Konsert Coldplay: “Jangan nak batal macam tu je, semua melibatkan duit”- Ramli MS

Oleh AHMAD ISMAIL

 

Datuk Ramli MS, maestro muzik terkenal, mencadangkan kajian teliti perlu dijalankan jika ingin membatalkan konsert Coldplay Music Of The Spere yang dijadualkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada hari Rabu ini.

Ramli, yang biasa dipanggil Tok Ram, menyatakan bahawa perlu mengkaji semula banyak perkara jika ingin membatalkan konsert band berasal dari Britain seperti yang disuarakan oleh beberapa pihak.

“Bagi membatalkan konsert tersebut, beberapa elemen perlu dilihat dari pelbagai sudut sebab akan ada banyak perkara yang terlibat.

“Sekarang ini bercakap untuk batalkan konsert ialah mereka melihat dari isu yang mana? Agama, tingkah laku, perniagaan, ekonomi atau sebagainya? Ada banyak.

“Saya tak mahu jawab isu ini kerana banyak elemen yang terlibat dan perlu diteliti. Semua elemen itu ada ‘plus minus’ (kebaikan dan keburukan),” katanya pada sidang akhbar selepas konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza (GV10) kelmarin.

Baca:

Dah makin serius, ada orang nak culik anak Nabila Huda

Beg tangan harga lebih RM20,000, gajus, petikan filem Tiga Abdul heboh jadi sebutan

Mawar Rashid makin hot lepas bukak tudung, tapi netizen dakwa muka makin kurang seri