Betullah kata orang ‘vibes’ orang berbuat baik sebenarnya menghasilkan persekitaran dan masyarakat yang baik.
Tindakan seorang pemuda berkongsi sarapan di tepi jalan rupanya memberi ketenangan kepada penerbit dan pengarah Shahrulezad Mohameddin atau dikenali Ezat.
Ikuti perkongsian Ezad yang sedang sibuk menyiapkan penggambaran drama terbaharu arahannya, Khunsa ini:
Pagi ini masa abam tengah tunggu Fazli Radiusone nak sarapan sama, abam lepak dulu dalam kereta sambil memerhatikan pemandangan yang mendamaikan abam.
Melihat mamat ni berkongsi rezeki sarapan dia dengan seekor kucing lorong. Ia begitu menyentuh hati.
Untuk mamat random ini, Oyen dan kepada semua rakan saya di Facebook ini yang buat benda sama, abam doakan anda semua dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.
Semoga mendapat rezeki yang diberkati. Rezeki itu pula kita dapat memberi dengan lebih banyak lagi.
Sedekah yang terbaik adalah sedekah pada saat kita tak ada apa-apa dan tak mengharapkan sebarang balasan dari perbuatan kita itu.
Dalam keadaan abam tengah stres berdepan dengan penggambaran ‘Khunsa’ ini, memandang pemandangan seperti ini sangat sangat theraupatic and healing jiwa.
Terima kasih Allah kerana menunjukan ‘kasih sayangnya’ dengan pemandangan ini.
Macam Dia tahu-tahu je abam memang perlukan ‘sesuatu’ untuk terus bertahan dan berjuang menyiapkan amanah ini.
Eh! Dah tentulah Dia tahu Ezad. Kau je kadang-kadang terlupa nak minta!
“Kawan-kawan, tidak kira siapa anda, malah pembenci saya (kalau ada),
Saya cuma nak cakap I LOVE YOU SEIKHLAS HATI!
Abam sentiasa doakan kalian dalam setiap sujud abam sebab abam sayang anda semua.
Baca:
Kediaman anda mungkin selamat dari ular jika buat 7 perkara ini
‘Baru tahu Melayu dulu ada permainan tabal’ – Penjajah dah lama tulis, kini hanya ada di Lingga
Boleh jadi ‘port’ sarapan, cafe 7 eleven kini tawar pelbagai makanan menarik