[fusion_builder_container type=”flex” hundred_percent=”no” equal_height_columns=”no” menu_anchor=”” hide_on_mobile=”small-visibility,medium-visibility,large-visibility” class=”” id=”” background_color=”” background_image=”” background_position=”center center” background_repeat=”no-repeat” fade=”no” background_parallax=”none” parallax_speed=”0.3″ video_mp4=”” video_webm=”” video_ogv=”” video_url=”” video_aspect_ratio=”16:9″ video_loop=”yes” video_mute=”yes” overlay_color=”” video_preview_image=”” border_color=”” border_style=”solid” padding_top=”” padding_bottom=”” padding_left=”” padding_right=””][fusion_builder_row][fusion_builder_column type=”1_1″ layout=”1_1″ background_position=”left top” background_color=”” border_color=”” border_style=”solid” border_position=”all” spacing=”yes” background_image=”” background_repeat=”no-repeat” padding_top=”” padding_right=”” padding_bottom=”” padding_left=”” margin_top=”0px” margin_bottom=”0px” class=”” id=”” animation_type=”” animation_speed=”0.3″ animation_direction=”left” hide_on_mobile=”small-visibility,medium-visibility,large-visibility” center_content=”no” last=”true” min_height=”” hover_type=”none” link=”” border_sizes_top=”” border_sizes_bottom=”” border_sizes_left=”” border_sizes_right=”” first=”true”][fusion_text]Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada kemasukan dua produk Mi Sedaap keluaran Indonesia yang didakwa mengandungi ethylene oxide.
Dua produk tersebut masing-masing Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Instant Noodles dengan tarikh luput 21 Mei 2023 dan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles bertarikh luput 17 Mac 2023.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semakan data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) hanya mengesahkan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles ada dimport tetapi tidak melibatkan produk yang bertarikh luput seperti didakwa.
“KKM akan terus menjalankan pemantauan di pasaran dan mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) di semua pintu masuk negara.
“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas Dr Noor Hisham, ethylene oxide adalah racun perosak yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Tambah beliau, bahan tersebut merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untük membasmi makhluk perosak seperti serangga.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berharap sekiranya terdapat sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu berkenaan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).
Media melaporkan Singapura pada Khamis telah menarik semula dua produk tersebut dipercayai mengandungi ethylene oxide, yang biasa digunakan sebagai racun perosak.[/fusion_text][/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]