Realtime website trackingweb stats

KKM sahkan penyakit Mpox dah masuk Malaysia, sejarah perjalanan pesakit jadi punca?

Oleh ARIF ABDULLAH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan bahawa seorang individu daripada 58 kes

Mereka yang disyaki penyakit cacar monyet atau mpox telah disahkan positif mpox clade II.

Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, mengumumkan perkara ini dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes tersebut dikesan daripada 58 kes disyaki mpox yang telah dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini.

“Pesakit tersebut adalah seorang lelaki warganegara yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak, dan batuk pada 11 September, manakala ruam bermula pada 12 September,” jelas KKM.

KKM sahkan penyakit Mpox dah masuk Malaysia, sejarah perjalanan pesakit jadi punca?

Dikhabarkan bahawa pesakit tiada sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala muncul.

Tambah KKM, pesakit kini sedang diasingkan dan berada dalam keadaan stabil.

“Semua kontak pesakit sedang dikenalpasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) yang ketat.

“Bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan melibatkan orang ramai dalam kawalan kesihatan kendiri, KKM akan terus menyebarkan maklumat melalui pelbagai saluran media massa dan media sosial.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat jika mengalami gejala mpox seperti demam, bengkak kelenjar limfa, dan ruam atau lepuh.

“Elakkan sentuhan langsung dengan individu yang disyaki atau dijangkiti mpox, termasuk hubungan seksual, dan amalkan kawalan kesihatan kendiri seperti mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman,” tambahnya.

“Untuk kes yang disyaki mpox, sampel dari lepuh, oral, dan darah atau serum perlu dihantar ke makmal yang menyediakan ujian pengesanan virus mpox.

“Kes disyaki mpox hendaklah dinotifikasi ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampiran melalui Sistem e-Notifikasi untuk membolehkan siasatan lanjut serta langkah pencegahan dan kawalan diambil,” katanya lagi.

BAca: Dah macam-macam cara guna cuci comforter, sental guna tangan pun masih kotor, ini cara betul guna mesin basuh