Realtime website trackingweb stats

KKM “kantoi” membohong

Oleh ADINDA

Kecoh satu gambar yang dikatakan keadaan di Pusat Penilaian Covid-19 terbesar Stadium Malawati, yang kelihatan orang ramai yang positif Covid-19 bersesak dan beratur panjang untuk mendaftarkan diri.

Tetapi tidak lama, dimuat naik satu status di laman page Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia yang menafikan hal tersebut dan mengatakan gambar tersebut adalah palsu dan memuat naik gambar lain yang kelihatan lengang serta tiada kesesakan seperti yang ditunjukkan gambar sebelum itu.

Tetapi hal itu telah dijawab oleh seorang pemerhati dan pengguna Facebook, Ahmad Sayuti Bashiron.

Apa perlunya KKM BERBOHONG?

1. Photo pertama dari handphone saya pada jam 11:32 pagi tadi, Khamis, 8 Julai 2021.
https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10159157302299876
Setiap hari, saya kongsikan beberapa photo pada pelbagai pihak, individu atau pertubuhan yg tak henti sejak berbulan lama menyumbangkan pelbagai tajaan makanan sarapan pagi untuk petugas KKM/Frontliners & Sukarelawan berjumlah 200 orang di CAC terbesar di Malaysia tersebut. Bahkan ramai lagi penaja yg menyumbangkan sarapan ringan buat pengunjung yg 100% positif Covid-19 ketika mereka beratur panjang itu, hingga hampir mencecah 3,000 pesakit pada Isnin 5 Julai baru ini. Angka tertinggi dalam rekod Covid-19 Malaysia sejak 2019, hanya daripada satu sahaja Daerah di Selangor (Petaling) sahaja!

2. Petang ini saya dimaklumkan oleh Petugas KKM, rupanya pihak KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) menggunakan photo saya tersebut, dengan menambah pula caption “PALSU” dan “FAKE” di atas photo tersebut.

3. Bahkan meletakkan dua lagi photo lain ketika operasi CAC hampir berakhir petang tadi, bersebelahan dengan photo saya itu.

4. Ketiga-tiga photo tersebut disiarkan pula di wall Facebook Rasmi KKM jam 6:00 petang tadi (photo kedua).
Saya tak pasti,

Apa perlunya kamu DG Norhisham, Adham Baba atau KKM melakukan atau membenarkan pembohongan sebegini serious terus berlaku?
Apa lagi yang sebenarnya hendak kamu sembunyikan?
Cukuplah. Penjawat awam jangan tiru perangai pemimpin hari ini yang cukup kerap berbohong & khianati rakyat dan Negara.

Posting FB KKM yang telah dipadam

Rujukan asal;
https://m.facebook.com/story.php… (posting facebook KKM yang telah dipadam)

Menurut Sayuti, beliau cuba untuk menegur pembohongan di Facebook KKM itu. Tapi status comment ditutup sepenuhnya.

Beliau dapati selepas 3 jam status itu dibuat, dilihat lebih 13 ribu pengguna Facebook ‘like’ status tersebut, dan lebih 1,300 telah ‘share’ status bohong KKM itu.

“Maka saya terpaksa nafikan pembohongan KKM di wall Facebook peribadi saya”, tambah Sayuti lagi.

 

Kementerian Kesihatan (KKM) telah memohon maaf kepada orang ramai berhubung kekeliruan ditimbulkan pihaknya berkenaan situasi sebenar di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati Shah Alam.