Realtime website trackingweb stats

Kisah cinta Nisa dikhianati ‘abang askar’, ramai pula akui sakitnya sampai ke Malaysia

Oleh FATIN AQILAH

Perkongsian kisah cinta pahit Nisa di Indonesia dikhianati teman lelakinya yang merupakan seorang askar turut menarik perhatian warga Malaysia.

Rata-rata kaum Hawa mengakui merasa sakitnya malah ada antaranya mendakwa turut menempuh keperitan sama apabila dikhianati teman lelaki masing-masing.

Terdahulu, Nisa menerusi TikToknya memberitahu dia mula berkenalan dengan lelaki itu pada tahun 2018.

Pada masa itu, kata wanita cantik berkenaan lelaki tersebut sedang mengejar cita-cita sebagai askar dan akhirnya menjadi anggota tentera pada tahun 2019.

Malah, hubungan mereka juga diketahui keluarga masing-masing.

Cerita Nisa lagi, dia malah menghantar lelaki itu ke lapangan terbang di Lampung, selatan Pulau Sumatera untuk pulang pada tahun 2020 selepas bertemu keluarganya.

Tahun berikutnya, Nisa pula ke Palembang bertemu keluarga lelaki itu.

Akhirnya, persediaan perkahwinan pun sama-sama dilakukan selepas kedua-dua keluarga bertemu pada Mei 2022.

Namun, tidak disangka panas yang diharap hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Demikianlah apa dialami Nisa. Bahagia yang dinikmati bertukar derita. Dia sudah berasa ada yang tidak kena dengan teman lelakinya.

Perasaan itu menyelinap dalam jiwanya selepas menerima mesej daripada individu yang tidak dikenali pada Januari lalu.

Orang berkenaan mengaku sebagai kawan dari perempuan yang sedang rapat dengan teman lelakinya.

Foto diterima Nisa benar-benar menyentak hati. Terpampang gambar teman lelakinya itu bersama seorang perempuan.

Apabila Nisa bertanyakan tentang wanita berkenaan, teman lelakinya berdalih kononnya mereka hanyalah sekadar kawan dan tidak lebih daripada itu.

Bahkan, tentera itu juga mendakwa ada pihak sengaja mahu memecah belahkan hubungan mereka.

Akhirnya, kedua-dua keluarga bertemu pada April lalu untuk membincangkan pernikahan mereka yang dijadualkan pada awal tahun 2024.

Bercerita lebih lanjut, Nisa berkata, dia sempat memberikan ucapan sempena ulang tahun perkenalan mereka pada 30 Mei lalu yang sudah berlangsung selama empat tahun.

Namun, ibarat susu dibalas tuba, lelaki tidak guna itu bersikap dingin. Lebih menambah lara hati, dia juga berkata enggan lagi mengingati tarikh tersebut.

Kemuncaknya seperti yang dibimbangi Nisa, dia menerima kad jemputan kahwin teman lelakinya itu pada 2 Jun lalu dengan wanita lain.

Perkongsian Nisa di TikTok itu dihujani lebih 24,000 komen hanya selepas tiga hari dimuat naik.

Ramai memberikan kata-kata semangat kepada Nisa serta mendoakannya agar bertemu dengan lelaki yang setia dan dan menyayanginya tanpa berbelah bahagi lagi.

Baca:

Kantoikan teman lelaki selepas 5 tahun bercinta, lagi sebulan nikah, naik BMW pun boleh kena curang

Awas! Malaysia negara ketiga paling banyak petir, ini 4 kes maut dipanah petir

Kad Pengenalan Rosak? Senang sahaja nak tukar, dah tak perlu beratur di kaunter JPN, cepat siap pulak tu