Kipas siling pusing perlahan rupanya tak perlu ganti baru, hanya kena ganti ini saja, kos pun murah

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Seorang lelaki berkongsi pengalaman memulihkan kembali kipas siling di rumahnya yang berpusing perlahan sejak bertahun-tahun.

Rupanya, hanya kena gantikan board baru sahaja. Itu pun dia tahu selepas cari maklumat di YouTube.

Hasilnya, dia dapat menyelamatkan duit daripada beli kipas baru sebaliknya hanya perlu mengeluarkan kos RM50 untuk board baharu.

Kipas siling pusing perlahan rupanya tak perlu ganti baru, hanya kena ganti ini saja, kos pun murah

“Bertahun-tahun kipas siling ni pusingnya macam hidup segan mati tak mahu. Akhirnya, cuaca panas memaksa juga untuk tengok tengokkan puncanya.

“YouTube beritahu puncanya kapasitor dan boleh ganti sendiri.

“Kos RM2-RM5. Bila dibuka, rupanya model ni kapasitornya bukan satu. Payah dan ambil masa nak ganti kapasitor sahaja.

“Jadi, gantikan pcb board terus. Satu pcb board OEM RM50. Beli di Shopee.

“Ganti sendiri. Rupanya tak sampai 10 minit punya kerja untuk ganti tapi bertahun tahun tangguh.

“Selamat dari beli kipas baru,” katanya.

Perkongsian beliau turut meraih perhatian warganet.

“Memang kena ganti board. Hantar kedai elektronik bawa board je. Alhamdulillah pusing elok lepas tu,” kata seorang netizen.

Baca:

Belum sehari disiarkan, Aliff Syukri ‘take down’ MV raya di semua platform, rupanya ini sebabnya

Berang genosid terus berlaku, perusuh di Pakistan bakar KFC

‘Jawablah di akhirat esok’ – Peniaga menangis selepas YB Kedah tergamak arah pesta jualan Raya ditutup