Ramai orang ambil jalan mudah buang saja kipas meja yang tiba-tiba mati.
Padahal, kita hanya perlu periksa keadaan dua benda ini sahaja supaya tidaklah membazir duit beli kipas baru.
Bilah kipas tak jalan, kipas on tapi vibrate saja, kipas slow, on kipas dah lama baru jalan, itu semua boleh dibaiki.
Ikuti perkongsian mhdiqbal ini agar boleh jimat tak perlu beli kipas baru:
Biasanya kipas tak hidup sebab kapasitor rosak atau thermal fuse putus:
1. Cara nak periksa kapasitor sama ada masih elok:
Check bacaan kapasitor,mesti bacaan sama dengan nilai yang terpampang. Contoh: 1.5uF
Tapi bagi kes ini, bacaan kapasitor hanya 0.76uF saja.
Maksudnya, kapasitor ini sudah rosak.
Kalau kapasitor yang elok, bacaannya pun dapat 1.4uF +/- 5% . Jadi, kapasitor ini elok.
2. Cara nak periksa kalau thermal fuse putus:
Letak prob pada kaki L dan N.
Tekan kipas speed 1, periksa bacaan rintangan.
Kalau ada bacaan, thermal fuse elok lagi.
Check pula pada speed 2 seterusnya speed 3, ada atau tidak bacaan rintangan.
Jika tiada bacaan bermakna thermal fuse dah putus.
Boleh tukar thermal fuse baru atau bypass saja.
Dalam kes ini, kapasitor rosak dan thermal fuse putus. Jadi, tukar kedua-duanya dengan yang baru.
Selepas baiki, kipas akan jadi laju macam biasa. Kos repair tak sampai RM10.
https://vt.tiktok.com/ZSFwuERv3
BACA JUGA Tidak boleh lagi buat iklan unsur agama, kata SKMM