Realtime website trackingweb stats

Kim Seri tak rasa bersalah tipu pakej travel Korea, tenang buat IG story

Oleh ABDULLAH HAMID

Pempengaruh yang kini menetap di Korea Selatan, Kim Seri, tenang berkongsi IG Story mengenai takdir dan menyatakan keyakinannya bahawa akan ada jalan terbaik di masa depan.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Kim Seri selepas beberapa waktu mendiamkan diri, susulan namanya disebut-sebut

oleh beberapa pihak berhubung perkhidmatan pelancongan yang dikatakan mengecewakan oleh pelancong-pelancong Malaysia yang menggunakan khidmatnya ketika berkunjung ke Korea Selatan.

Dalam hantaran itu, Kim Seri menyatakan bahawa takdir sering membawa seseorang ke arah yang tidak dijangka,

Namun dia meminta orang ramai untuk terus yakin kerana akan ada jalan terbaik untuk mereka.

Kim Seri tak rasa bersalah tipu pakej travel Korea, tenang buat IG story

“Takdir selalu membawamu ke arah yang tidak kamu sangka. Namun, yakinlah ia selalunya ada jalan yang terbaik untukmu,” tulisnya.

Kim Seri memilih untuk tidak mengulas mengenai isu viral tersebut dan beberapa kali memuat naik perkongsian di Insta Story tanpa menyentuh langsung tentang perkara yang tular di media sosial itu.

Selain itu, Kim Seri turut berkongsi hadiah yang diterima daripada jirannya di Korea serta perbualan ringkas mereka melalui mesej.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan beberapa individu yang dipercayai menjadi ‘mangsa’ pakej pelancongan yang ditawarkan Kim Seri apabila mereka terkandas beberapa jam di lapangan terbang di Korea Selatan akibat tiada tiket penerbangan pulang.

Dikhabarkan, pelbagai isu timbul sepanjang perjalanan mereka ke Korea dan masalah tersebut bermula ketika mereka masih berada di Malaysia. Hal ini menyebabkan ramai lagi individu yang pernah menggunakan pakej pelancongan Kim Seri tampil menceritakan pengalaman mereka dan mendedahkan kerugian yang dialami.

BACA: Rupanya ini sebab kenapa Musa Aman dilantik sebagai TYT Sabah yang baharu