Realtime website trackingweb stats

Kim Kardashian anggap anaknya Neymar junior zombi, ramai marah sebab macam mangsa perang Palestin

Oleh AHMAD ISMAIL

Tindakan bilionair Kardashian menggayakan anak lelakinya Saint West kononnya Neymar junior versi zombi hanya mengundang kemarahan orang ramai.

Mana tidaknya, baju dengan kesan kotoran dan seolah-olah darah termasuk sebiji bola yang melekat pada bahagian dada dah macam kanak-kanak mangsa perang di Palestin.

Berkongsi gambar anaknya itu di media sosial, selebriti warganegara Amerika Syarikat (AS) berkenaan juga dianggap berkongsikan kebodohannya kepada dunia.

“Saint sebagai Neymar junior versi zombi,” kata Kim sebagai kapsyen ketika lebih 3,000 kanak-kanak Palestin mengikut angka rasmi telah menjadi korban serangan tentera rejim Zionis Israel.

Ekoran itu, orang ramai menghujani kecaman dan cemuhan kepada Kim yang dianggap memperlekeh Palestin ketika ribuan kanak-kanak syahid dibedil senjata pengganas Israel.

“Otak awak sakit! Ini sangat tidak sensitif dan melibatkan kanak-kanak.

“Tidak sensitif, pakaian seperti kanak-kanak yang cedera dan terkorban di Palestin!

“Ini perkongsian paling bodoh pernah awak lakukan. Nampaknya anda tidak berpihak pada Palestin,” demikian antara cemuhan orang ramai terhadap perkongsian Kim itu.

Lebih 9,000 rakyat Palestin syahid manakala ribuan lagi hilang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan akibat pengeboman bertubi-tubi Israel.

Baca:

Dah kenapa pula kena tanggung di Padang Mahsyar? Ini jawapan Uqasha

Ikon fesyen terkejut dituduh berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, ini respon Fazura

Tiada tapak kaki kanan, kaki kiri pula ada tiga jari, tapi sikap positif OKU cilik ini mengagumkan