Realtime website trackingweb stats

Kim Jong-un nampak lebih kurus, rupanya dulu pemimpin Korea Utara ini setiap hari tonggang 10 botol arak

Oleh ADINDA

Kim Jong-un nampak lebih kurus, rupanya dulu pemimpin Korea Utara ini setiap hari tonggang 10 botol arak.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un berjaya menurunkan berat badan kira-kira 19 kilogram (kg) dengan mengelak pengambilan makanan keju Swiss, udang galah dan minuman beralkohol.

Seorang sumber mendakwa Jong-un sebelum ini mampu minum sehingga 10 botol minuman alkohol setiap hari.

Namun, beliau kini sudah mengubah tabiat pemakanannya dan kelihatan lebih langsing.

Sebelum ini, Jong-un dilaporkan mengalami masalah obesiti teruk selepas berat badan beliau mencecah 139.7kg dengan kiraan Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 49 pada 2012.

Pada suatu ketika, pemimpin itu dikatakan mengalami gangguan dengan memiliki dorongan nafsu kuat untuk makan.

Malah, perisik Korea Selatan mendakwa berat badan Jong-un bertambah lebih 6.35kg setiap tahun selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada bapanya, Kim Jong-il pada 2011.

Agensi perisikan Korea Selatan mendakwa pemimpin itu memiliki berat badan sekitar 139.7kg pada 2020 dengan kiraan BMI melebihi daripada sepatutnya pada ketinggian 167.64 sentimeter (cm).

Pemimpin muda itu didakwa banyak mengambil keju Swiss dan udang galah serta minuman alkohol sehingga 10 botol setiap malam.

Pakar memberi amaran Jong Un boleh mengalami serangan jantung disebabkan masalah obesiti teruk yang dikaitkan dengan peningkatan empat kali ganda kegagalan jantung.

Dilaporkan, Jong-un berjaya menurunkan berat badan sekitar 19.9kg dalam masa tiga bulan sahaja.

Baca:

Jutawan sambal Raja TikTok Malaysia, ini nasihat Khairul Aming kepada pelajar sekolah

Biarlah wajah nampak kedut tanpa cucuk botoks, Rosyam Nor hanya tanam rambut kasi lebat

Sakan berjoget selepas dah kurus, Fasha Sandha akui lagi malu kalau nampak baik tapi munafik