Realtime website trackingweb stats

Khas buat orang diet, roti pita rendah karbo versi sedap dan lembut

Oleh NUR KASIH

Ini adalah roti yang paling sedap, mudah dibuat, dan amat menyelerakan.

Roti ini mempunyai rasa manis buah yang sedap dan lembut.

Ia sangat sesuai dicicah dengan kari atau kuah asam pedas.

Khas buat orang diet, roti pita rendah karbo versi sedap dan lembut

Anak-anak juga suka untuk membuat sandwich menggunakan roti ini.

Mulakan dengan tebuk poket pada roti dan sapukan mayonis serta mentega.

Kemudian, masukkan telur dadar, keju, dan salad ke dalamnya.

Anda mungkin boleh menghabiskan 2-3 keping sekaligus!

Jangan lupa untuk mengira kalorinya menggunakan aplikasi MyFitnessPal sebelum menikmatinya.

Dalam artikel ini, anda akan mempelajari cara untuk membuat roti pita rendah karbo versi sedap dan lembut.

Bahan-Bahannya (boleh menghasilkan 16 keping roti):

• 2 cawan tepung gandum
• 2 susu kecil yis kering
• 2 sudu besar susu tepung
• 2 sudu besar minyak makan
• 3 sudu besar gula halus
• 1 sudu kecil garam
• 3/4 cawan air suam

Cara-caranya:

Khas buat orang diet, roti pita rendah karbo versi sedap dan lembut

1. Campurkan air suam, susu tepung, gula, dan yis bersama.

Gaul rata. Biarkan sehingga yis mengembang dan berbuih dengan lembut.

2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, garam, dan minyak.

Tuangkan campuran yis tadi secara berperingkat sambil dikacau.

Gunakan sudu atau spatula. Adunan mungkin agak melekit.

3. Setelah menjadi doh, tutup dan biarkan adunan berehat selama 1 jam atau sehingga mengembang dua kali ganda.

4. Bahagikan adunan kepada 16 bahagian.

Tabur sedikit tepung jika adunan melekat di tangan.

Anggaran 35g – 40g untuk setiap bahagian. Bulatkan dan biarkan seketika.

5. Tebarkan dan biarkan rehat selama 10 minit.

Semasa menipiskan adunan, tabur sedikit tepung supaya tidak melekat.

6. Panaskan kuali jenis leper dengan api perlahan. Masak satu sisi selama 1-2 minit sebelum dibalik.

Roti yang sihat ini sesuai dimakan dengan dicicah dalam kuah kari atau digunakan sebagai poket untuk diisi dengan protein dan sayur-sayuran kegemaran anda.

Kandungan kalori bagi sekeping roti diet kosong tanpa kuah atau isi ialah 70 kcal.

Jangan lepaskan peluang untuk mencubanya.

Semoga berguna untuk anda.

Sumber: Asrinna Bakri

 

Baca:

Mak Shila Amzah dah mula luah rasa rindu, ini nasihat netizen kepada Mamazie

Orang Penang buat hal! Lelaki ini pecah rekod makan tak ingat dunia dalam masa 55 minit

Ramai puji sikap pemurah rakyat Malaysia, sanggup bagi bantuan secara percuma kes langgar lari