Memperolehi jumlah jualan puluhan juta setahun hasil perniagaan Sambal Nyet, dua buah kilang yang besar, namun hanya naik kereta bezza.
Keadaan ini menimbulkan perosoalan bagaimana seorang anak muda berjaya ini menahan nafsu dari hidup bergaya seperti ahli parniagaan lain.
Khairul Aming, pempengaruh terkenal di media sosial, memberi jawapan kepada soalan yang diajukan seorang pengguna media sosial bagaimana dia mengawal keinginan untuk tidak memiliki kereta mewah, walaupun mempunyai perniagaan yang berkembang maju.
Dalam penjelasannya, Khairul Aming mendedahkan dia tidak memiliki rumah dan hanya mempunyai satu pinjaman daripada bank.
Sebaliknya, individu yang terkenal dengan video masakan pendeknya telah memperuntukkan wangnya untuk membeli kilang dan peralatan yang memudahkan pengeluaran produk cili jenamanya.
Dalam video yang dikongsi pengguna media sosial, Khairul Aming menjelaskan satu-satunya pinjaman bank yang dimilikinya adalah untuk kereta peribadinya iaitu Perodua Bezza.
Beliau menjelaskan bahawa dirinya tidak ada pinjaman bank lain, hanya pinjaman untuk kereta Bezza.
Pemenang Anugerah TikTok 2023 itu juga berkongsi bahawa apabila beliau memasuki komitmen baharu dalam hidupnya, dia mendapati dirinya kembali kepada gaya hidup lamanya kerana sumber kewangan sentiasa terhad.
Bagaimanapun, beliau mengakui sudah beberapa tahun tidak mendapat tidur yang cukup. Ahli perniagaan berusia 31 tahun itu turut menegaskan dia tidak memiliki rumah atau kereta mewah.
Walaupun beliau telah membeli kereta untuk ibunya, aset utama yang dimiliki oleh Khairul Aming ialah kilang.
Dalam komen yang ditinggalkan pengguna media sosial, ramai yang terinspirasi dengan pengakuan Khairul Aming, malah ada yang mencadangkan agar beliau memberi keutamaan untuk menyelesaikan hutang keretanya sepenuhnya.
Baca:
Heboh Kak Lina Pom Pom ‘undur diri’ dari pentas GV10, rupanya ada ‘plot twist’