Realtime website trackingweb stats

Khairul Aming dedah cara urus kewangan buat ramai anak muda buka mata

Oleh SHAZLIN AZIZ

Pempengaruh popular, Khairul Aming, berpesan kepada orang ramai untuk sentiasa membuat keputusan bijak

Dalam berbelanja dan tidak sekadar mengikut kehendak semata-mata.

Katanya menerusi satu sesi live TikTok baru-baru ini, jangan biasakan diri berhutang demi mencapai kemewahan agar hidup menjadi lebih tenang.

Usahawan kelahiran Kelantan ini menafikan bahawa dia mempunyai kehidupan mewah semasa bekerja di industri minyak dan gas sebelum ini.

“Jangan biasakan diri dengan hutang”- Khairul Aming dedah cara urus kewangan buat ramai anak muda buka mata

Khairul Aming dedah cara urus kewangan buat ramai anak muda buka mata

Tak hidup bermewah

Menurutnya, walaupun gaji permulaan dalam industri tersebut adalah besar, dia tidak hidup bermewah kerana perlu menanggung komitmen dan perbelanjaan keluarganya.

Khairul Aming mendedahkan bahawa dia membesar dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja, di mana bapanya bekerja sebagai pekerja kontrak kerajaan, manakala ibunya hanya bekerja sebagai penjual kuih.

“Situasinya, saya tinggal di KL. Saya perlu menanggung rumah sewa di KL, kereta untuk keluarga, dan juga menanggung ibu bapa saya. Jadi simpanan pun sikit, sekitar RM100 atau RM200 sebulan,” ujarnya.

Cara Khairul Aming urus kewangan

Mengulas lanjut, Khairul Aming menjelaskan sebab dia tidak memilih untuk hidup dalam kemewahan walaupun pendapatan bulanannya jauh lebih mencukupi.

“Orang tanya kenapa tak hidup mewah? Bila kau dalam keadaan di mana duit cukup tetapi kau mengharapkan lebih, dan bila diberikan rezeki lebih, kau tak mahu berada dalam keadaan itu lagi.”

Kongsinya, dia hanya meningkatkan jumlah pendapatannya tetapi tidak menaikkan jumlah perbelanjaan.

“Apa yang saya lakukan ialah meningkatkan pendapatan tetapi mengekalkan perbelanjaan sehingga terdapat jurang yang besar antara pendapatan dan perbelanjaan. Pada masa itu, barulah saya menaik taraf gaya hidup dengan menggunakan sebahagian daripada pendapatan.

“Nak beli apa-apa, beli terus. Kalau boleh bayar secara tunai, bayar tunai. Tak perlu berhutang sangat, barulah boleh tidur dengan tenang,” pesannya.

Terdahulu, Khairul Aming menjadi bualan ramai selepas menerima undangan daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon, di sebuah restoran di ibu kota.

Baca Lagi:Antara punca suami isteri bergaduh sampai bercerai, no.2 tu jangan buat main!