Ramai yang mengkagumi usaha pempengaruh dan usahawan selebriti Khairul Aming dalam menaikkan perniagaan miliknya.
Terkenal dengan produk ‘Sambal Nyet Berapi’ hingga berjaya membuka kilang kedua hasil jualan dan tampil dengan satu lagi produk iaitu ‘Dendeng Nyet Berapi’.
Disebabkan itu, ramai berlumba-lumba mahu bekerja di kilangnya apatah lagi melihat layanan baik diberi Khairul.
Jelas pemuda berusia 32 tahun itu, dia mendedahkan banyak menerima resume dengan cara unik lapor Astro Gempak.
“Bukan saya tak buka (tawaran kerja) tetapi resume berbukit, itu pun saya tak pernah umumkan cara nak hantar resume.
“Macam-macam cara sampai, ada yang letak bawah pintu, saya pergi supermarket orang letak resume dalam troli saya.
“Kami terima lebih daripada yang kami boleh tawarkan alhamdulillah,” ujarnya seperti dipetik Gempak.
Tak buka kerja kosong
Namun Khairul memaklumkan buat masa ini, tiada keperluan untuk menambah pekerja kerana yang sedia ada sudah mencukupi.
“Tapi buat masa sekarang, kita memang tiada keperluan lagi untuk ambil staf baharu sebab kilang dah penuh dan tiada staf yang berhenti.
“Ada pun seorang itu pun sebab dia nak sambung belajar,” katanya.
Pada masa sama, Khairul mendedahkan akan mengeluarkan produk baru selepas raya tahun depan.
“Sekarang saya dah mula R&D tapi semestinya produk itu akan jadi makanan sedia untuk dimakan.
“Cuma saya dah pernah buat produk sambal, daging, jadi untuk produk kali ini lain daripada yang lain.
“Saya tak boleh dedahkan lagi tapi kita akan keluarkan selepas raya nanti,” tambahnya.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio