Realtime website trackingweb stats

Ketawa imbas zaman darah tengah panas, Awie berterima kasih kepada dua pengarah ini

Oleh ADINDA

Ketawa imbas zaman darah tengah panas, Awie berterima kasih kepada dua pengarah ini.

Pada awalnya, perbualan kami lebih berkisar tentang filem pertama terbitannya, Sue-On. Jelas keterujaan di relung mata legenda rock tanah air, Datuk Awie. Dia ibarat bercerita tentang anak pertamanya.

Namun soal itu, kita simpan untuk kemudian. Saya mahu mengorek dalam isi hati lelaki berusia 54 tahun ini. Membuka lembaran sejarah seni yang sudah berusia empat dekad tahun ini. Satu catatan masa yang cukup prolifik.

Jujur, untuk saya melontarkan soalan yang pertama ini, ada ketar lutut yang harus ditenteramkan. Takut sekiranya ayat tanya itu akan mengguris hatinya. Risau jika hilang ketawa, berganti rasa kurang senang.

“Abang sedar dan tahu tak, satu ketika dahulu ada persepsi yang orang takut dengan abang? Risau kerana imej samseng yang diperkatakan?” Perlahan saya hulurkan pertanyaan.

“Memang dulu orang takut dengan saya. Tengok mata saya pun mereka takut. Pernah satu ketika, sampai budak kecil pun takut dengan saya. Benci dengan lelaki bernama Awie.”

Itu jawapan yang diberikan anak kelahiran Kuala Lumpur ini, yang bersulamkan ketawa dan senyuman. Jarang-jarang orang bertanya soalan tentang ‘kehidupan’ yang dilalui dulu, katanya.

Ketawa imbas zaman darah tengah panas, Awie berterima kasih kepada dua pengarah ini. Jelas keterujaan di relung mata legenda rock tanah air, Datuk Awie. Dia ibarat bercerita tentang anak pertamanya.

“Dulu saya banyak kes gaduh, pukul. Saya keluar masuk balai. Banyak kes polis. Ketika itu, nama saya sering kali terlihat dari sudut pandang negatif. Samseng, kaki pukul. Macam-macam orang label saya.

“Mungkin ketika itu, orang takut hendak berkawan rapat dengan saya. Tetapi apa yang mereka tak tahu, banyak perkara yang berlaku ada sebabnya. Orang senang tuding jari. Lontar fitnah sana-sini.

“Orang mengata tanpa selidik, tak tahu siapa dan apa yang berlaku. Tetapi merentasi usia, saya terima apa sahaja yang telah dilalui. Ini takdir, qada dan qadar saya. Rezeki dan turun naik itu semua dari Allah,” katanya.

Namun di kala umur mula bergerak menuju ke usia emas, apa yang bapa kepada enam orang anak ini mahukan hanyalah pengakhiran membahagiakan di negeri abadi kelak. Mahu meninggalkan dunia dengan segala yang indah sahaja.

Cuma yang tersisa dalam hati adalah kekecewaan apabila sering kali menjadi mangsa fitnah dan tohmahan. Itulah bayaran populariti dan nama yang diraih sepanjang 40 tahun dalam dunia seni.

“Saya tahu, kita figura umum. Terdedah dengan segala macam fitnah dan tohmahan. Saya kasihan dengan orang yang fitnah, jatuh hukum terhadap saya. Takut mereka tak sempat minta maaf.

“Kita ini bertuhan dan beragama. Kalau kita faham konsep itu, akan ada rasa takut untuk menyebarkan fitnah. Saya mahu mengakhiri hidup dengan memikirkan kebahagiaan di akhirat kelak.

“Dulu masa muda bukan tak cari agama, cuma zaman darah tengah panas. Kita ada keghairahan sendiri. Tetapi sekarang, kita sudah belajar. Saya sedia memaafkan dan meminta maaf,” ujarnya.

PEMIKIR SENI

Empat dekad, segenap umum mengenali siapa legenda rock ini. Lagu-lagu nyanyian berkumandang, kekal malar segar. Mustahil dinafikan, dia punya catatan hebat dalam dunia seni.

Lantas saya ajukan soalan, siapa Awie dalam dunia seni, adakah dia sudah tenang tersenyum dengan setiap satu pencapaian yang diraih? Adakah sudah tiada apa-apa lagi mahu dikejar, dicapai?

“Susah nak jawab. Saya ini pengabdi seni. Saya mengabadikan diri dalam dunia dan jalan yang saya minat. Untuk melalui jalan ini, saya cari kesenangan dan kepandaian. Melalui pengalaman dan kematangan.

“Saya tak mahu ikut telunjuk orang. Saya mahu hasilkan sesuatu yang berbeza. Usaha itu berhasil. 40 tahun, saya masih di sini. Masih diterima biarpun pahit manis masin dan masam harus ditelan.

Ketawa imbas zaman darah tengah panas, Awie berterima kasih kepada dua pengarah ini. Jelas keterujaan di relung mata legenda rock tanah air, Datuk Awie. Dia ibarat bercerita tentang anak pertamanya.

“Mungkin sekarang saya kurangkan lakonan, lebihkan penerbitan. Saya pernah cuba berlakon drama bersiri, tak boleh. Saya tak ada kehidupan dan masa sendiri. Cukuplah saya fokus filem sahaja,” kongsinya.

TERIMA KASIH MAMAT KHALID

Jika dia mahu berterima kasih, nama sutradara tersohor, Allahyarham Mamat Khalid dan Datuk Afdlin Shauki antara utama yang disebut. Watak Husin mencipta fenomena tersendiri, melayarkan sisi berbeza pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman.

Kini nama Husin seakan lebih sebati dengannya. Filem Hantu Kak Limah menjadi tatapan penonton tidak kira usia, maka tidak hairan jika ada kanak-kanak dengan riang memanggilnya abang Husin.

“Orang pertama yang menjahanamkan imej rockers saya di layar perak adalah Afdlin menerusi filem Baik Punya Cilok. Dia nampak sisi humor saya, yang mungkin selama ini terlindung daripada ‘kegelapan’.

“Allahyarham Mamat pengarah yang sangat bagus. Dia akan cari kelemahan dan merai kelebihan seseorang pelakon. Berjayanya sesebuah filem itu adalah kerana pengarah. Itu magis Allahyarham,” ujarnya.

SELAMAT TINGGAL DUNIA SENI

Awie memulakan karier seni pada 1985, ketika itu ibu dan bapa saya juga masih belum berkahwin. Saya mengenali siapa empunya suara emas ini menerusi Wings, Sembilu dan Merah.

Baca:

Lelaki tikam kekasih, pancitkan tayar, pecahkan cermin gara-gara cinta diputuskan tengan jalan

Pasangan kena serbu jabatan agama lepas insiden bayar tapi tak makan, rupanya ini yang berlaku

Comel anak Pak Azad, ini punca dia tak benarkan anak-anak ambil job berlakon