Kereta selalu ‘bermandikan’ tahi burung? Cepat buat perkara ini kalau sayang kereta

Oleh ARIF ABDULLAH

Biasanya, pemandu kereta akan cuba mengelakkan parkir kereta mereka di bawah pokok.

Tetapi, jangan salah sangka. Jika kereta diparkir di bawah pokok, ia mungkin akan tertimbus dengan najis burung yang busuk dan menjijikkan.

Menurut Facebook Armada Autowork, jika najis burung tidak dibersihkan dengan cepat, ia akan mengeras dan boleh merosakkan cat kereta.

Kereta selalu 'bermandikan' tahi burung? Cepat buat perkara ini kalau sayang kereta

“Di Malaysia, kita sukar untuk mengelakkan kereta daripada terkena najis burung. Najis burung mempunyai sifat asid dengan pH antara 3 hingga 4.5.

Ia juga mempunyai lapisan lacquer yang akan mengeras pada permukaan kereta,” kata pemilik account Facebook tersebut.

Jika tidak diambil tindakan, najis burung akan meresap dan melekat pada cat kereta.

Sebenarnya, bahan tersebut akan membuat cat kereta anda kelihatan kusam dan tidak bersinar.

Armada Autowork menyatakan bahawa najis burung yang sudah mengeras perlu dirawat terlebih dahulu sebelum anda mencuci kereta seperti biasa.

Jadi, jika kereta anda terkena najis burung, segeralah cuci.

Jika najis itu sudah keras, rendam dengan air terlebih dahulu dan biarkan selama empat hingga enam minit agar ia lembut.

Kemudian, gosoklah dengan lembut menggunakan kain yang sesuai.

Jangan terlalu kasar kerana ia boleh merosakkan cat kereta anda.

Jika masih ada kotoran yang tidak dapat dibersihkan, anda boleh membawa kereta anda untuk dikilatkan (polish) di kedai-kedai yang berhampiran.

Baca:

Rupanya 126 sampel makanan di bazar Ramadan KL dicemari kuman, ini 3 ‘strain’ bakteria utama bukti tidak bersih

Litar Horizon Beranang dah nak siap, buat kerja tak banyak sembang tak macam MB Kedah

Tips beli baju raya bayi agar anak kelihatan selesa & bergaya