Kereta kena ‘sapu’ lori ketika wanita ini borak pasal brek kecemasan, netizen nasihat atas jalan raya elak sembang pasal kemalangan.
Tular rakaman papan pemuka (dashboard) memaparkan detik-detik sebuah kereta disondol lori ketika seorang wanita sedang berbual mengenai brek kecemasan.
Beberapa saat sebelum nahas berlaku, kedengaran lori di belakang membrek dengan kuat sebelum menghentak kereta itu sehingga melanggar pula lori di hadapan.
Semasa pelanggaran itu berlaku, kedengaran wanita yang berada dalam kereta itu tidak putus-putus menyebut Allahuakbar.
Kemalangan di lebuhraya PLUS antara Rawang – Sungai Buaya tersebut juga menyaksikan seorang bayi menangis sejurus pelanggaran berlaku.
Sehubungan itu, rata-rata netizen menasihatkan supaya pengguna kenderaan mengelak daripada sembang topik kemalangan.
Walaupun ada yang berpendapat kalau sudah takdir, tidak berbual mengenai nahas pun tetap saja ditimpa kemalangan.
Namun, ramai berpendapat seboleh-bolehnya bercakaplah perkara-perkara yang baik memandangkan apa yang diucap itu adalah doa.
“Sebab tu aku tak suka sembang pasal accident dalam kereta, takut kena tempias.
“Aku pernah kena cerita pasal eksiden… 😭,” demikian antara nasihat warganet.
Dalam masa sama, ada pemandu turut menasihatkan supaya peka dengan keadaan persekitaran dengan kerap melihat cermin sisi.
“Dalam kereta tu, kita kena jeling-jeling sekejap tengok belakang, kalau ada apa-apa. Dalam kes ini tengok kanan tu kosong je.
“Kalau dia tak khayal, boleh mengelak. Ini sebab khayal tak perasanlah kena,” kata seorang netizen lagi.
Baca:
Rimas dikacau panggilan si penipu, cara baru ini boleh buat telinga scammer ‘bernanah’ setahun
Kumpul sampah sama tinggi rumah dua tingkat, alasan diberikan sangatlah pelik
Pekerja tapak terkejut terjumpa binatang gergasi melingkar, saiz dah macam zaman dinasor