Realtime website trackingweb stats

Kereta comel EV Nissan terbaru hanya boleh pandu 180km, tetap laku keras, 50k unit dah terjual

Oleh ADINDA

Kereta comel EV Nissan terbaru hanya boleh pandu 180km, tetap laku keras, 50k unit dah terjual.

Penangan kenderaan elektrik (EV) memang hebat dan tidak kurang yang mahu merasa. Kepada yang mahu mencuba atau memandu tidak jauh, bolehlah dapatkan EV biasa dahulu.

EV dengan jarak pemanduan ratusan kilometer nampak bagus, tetapi lebih besar kapasiti bateri, lebih tinggi harganya.

Memahami keperluan dan kehendak, pengeluar kereta menawarkan EV mengikut kapasiti bateri dan jarak pemanduan. Sekali lagi diingatkan, tidak semua orang memerlukan EV jarak jauh. Dalam situasi tertentu, EV sesuai dibuat kereta kedua atau ketiga berbanding kereta utama untuk keluarga.

Kepada pelanggan yang mahukan EV ringkas dalam saiz kecil, sudah banyak EV mini ditawarkan di China dalam rekabentuk comel.

Bagi pelanggan di Jepun pula, Nissan menawarkan kereta mini elektrik Nissan Sakura yang juga kembar tidak serupa kepada Mitsubishi eK X EV.

Kereta comel EV Nissan terbaru hanya boleh pandu 180km, tetap laku keras, 50k unit dah terjual.Penangan kenderaan elektrik (EV) memang hebat dan tidak kurang yang mahu merasa. Kepada yang mahu mencuba atau memandu tidak jauh, bolehlah dapatkan EV biasa dahulu.EV dengan jarak pemanduan ratusan kilometer nampak bagus, tetapi lebih besar kapasiti bateri, lebih tinggi harganya.

Kerjasama Nissan dan Mitsubishi itu berjaya apabila kedua-dua model meraih Anugerah Kereta Terbaik Jepun (JCOTY) 2022-2023 dan Japan Automobile Hall of Fame Car of the Year 2022-2023.

Dari segi keselamatan, Nissan Sakura dan Mitsubishi eK X EV meraih rating lima bintang dalam penilaian JNCAP Automobile Safety Performance 2022.

Satu lagi tanda kejayaan adalah daripada pengguna sendiri yang mana sejak Jun 2022, tempahan Nissan Sakura sudah melebihi 50,000 unit!

Nissan Sakura diterima baik pelanggan kerana menawarkan kesenyapan, prestasi dan pecutan lancar, selain rekabentuk menarik dan berkualiti tinggi, serta jarak pemanduan memadai untuk pemanduan harian, termasuk dilengkapi teknologi canggih.

Model itu juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan penggunaan EV di Jepun apabila menguasai sekitar 40 peratus jualan EV domestik pada tahun fiskal 2022.

Kereta comel EV Nissan terbaru hanya boleh pandu 180km, tetap laku keras, 50k unit dah terjual.Penangan kenderaan elektrik (EV) memang hebat dan tidak kurang yang mahu merasa. Kepada yang mahu mencuba atau memandu tidak jauh, bolehlah dapatkan EV biasa dahulu.EV dengan jarak pemanduan ratusan kilometer nampak bagus, tetapi lebih besar kapasiti bateri, lebih tinggi harganya.

Sambutan diterima bukan setakat pengguna bandar metropolitan Tokyo, tetapi juga kawasan pinggir bandar. Selain pelanggan perseorangan, Nissan Sakura turut diterima baik syarikat dan Kerajaan tempatan yang mahu mengurangkan kesan alam sekitar.

Dari segi sambutan, lebih 30 peratus pelanggan memilihan varian atasan Nissan Sakura G (foto atas) dengan ciri penuh, manakala putih menjadi warna kegemaran ramai, disusuli warna dwi-tona putih mutiara dan kelabu titanium.

Kereta comel EV Nissan terbaru hanya boleh pandu 180km, tetap laku keras, 50k unit dah terjual.Penangan kenderaan elektrik (EV) memang hebat dan tidak kurang yang mahu merasa. Kepada yang mahu mencuba atau memandu tidak jauh, bolehlah dapatkan EV biasa dahulu.EV dengan jarak pemanduan ratusan kilometer nampak bagus, tetapi lebih besar kapasiti bateri, lebih tinggi harganya.

Selain itu, sekitar 30 peratus pelanggan mempunyai panel solar di rumah dan mengecas menggunakan gabungan tenaga elektrik yang diperoleh daripada sumber alam. Malah, lebih separuh pemilik menggunakan Nissan Sakura mereka setiap hari.

Spesifikasi Nissan Sakura

  • Bateri: Litium-on
  • Kuasa Bateri: 20kWj
  • Output Maksimum: 47kW
  • Tork Maksimum: 195Nm
  • Kelajuan Maksimum: 130kmj
  • Jarak Pemanduan: Hingga 180km, mengikut Kitaran
  • Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTC)
  • Tempoh Pengecasan: 8 jam (daripada lampu amaran hingga 100 peratus); Pengecasan pantas sekitar 4 jam (daripada lampu amaran hingga 80 peratus)
  • Dimensi: Panjang 3.395mm; Lebar 1,475mm; Tinggi 1,655mm
  • Jarak Roda: 2.495mm
  • Berat: 1,070kg – 1,080kg
  • Kapasiti But: 107 liter
  • Jumlah Penumpang: 4 orang

Nissan Sakura dijual pada harga 2,548,700 yen (RM82,310) dan 3,040,400 yen (RM98,185).

Baca:

Patutlah padu nasihat Khairul Aming, ini 10 fakta latar belakangnya, bukan calang-calang rupanya

Selepas Thailand halalkan ganja, pelancong makin bertambah, syarikat Israel pun datang buka ladang

Himpunan meriah konon sambut Sanusi di Johor tipu, polis cari siapa edit video program KL Munajat