Seorang bapa berasa kecewa selepas mendapati bayi perempuannya yang baru dilahirkan telah tertukar dengan bayi lain akibat kecuaian pihak hospital.
Bapa tersebut menyedari masalah ini apabila bayi perempuannya yang dibawa ke unit rawatan rapi
kerana masalah pernafasan, kelihatan berbeza daripada gambar yang diambil sebelumnya.
Dia kemudian meminta pihak hospital untuk menjalankan ujian darah dan DNA.
Sangkaan bapa tersebut terbukti benar apabila keputusan ujian menunjukkan bahawa anak perempuannya memang telah tertukar dengan bayi lain.
Pihak hospital mengakui kesilapan tersebut, meminta maaf, dan menawarkan untuk menanggung kos perubatan khas.
Kepada kejadian tersebut, bapa bayi berkenaan menuntut pampasan berjumlah 200,000 baht (kira-kira RM25,843) daripada pihak hospital.