Realtime website trackingweb stats

Kerajaan sediakan garis panduan, penyediaan tapak pengecas EV, sasar 10,000 unit menjelang 2025

Oleh ABDULLAH HAMID

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyediakan Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (GPP EVCB) untuk mencapai sasaran 10,000 EVCB di seluruh negara menjelang tahun 2025.

Selain itu, Prosedur Permohonan Pemajuan juga telah ditetapkan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menyatakan bahawa prosedur ini telah diluluskan pada Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara pada 18 September yang lalu.

Beliau juga menyatakan bahawa sehingga 30 Ogos yang lalu, sebanyak 1,246 EVCB telah dibina, dengan 1,007 peranti jenis arus ganti dan 239 peranti jenis arus beroperasi di pusat beli-belah, pusat pameran kereta, hotel dan resort untuk kegunaan awam.

Kerajaan sediakan garis panduan, penyediaan tapak pengecas EV, sasar 10,000 unit menjelang 2025

Menurut Nga lagi, hanya Perlis sahaja setakat ini tidak tidak mempunyai pengecasan tersebut.

“Garis Panduan Perancangan dan Prosedur Permohonan Pemajuan EVCB ini penting supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai prosedur seragam, mudah dan selaras dengan keperluan teknikal bagi mempercepatkan proses permohonan di lokasi yang bersesuaian serta mengembangkan penggunaan EV di negara ini.

“Selain itu, kita dapat meningkatkan tahap kepatuhan dan kebertanggungjawaban pihak berkepentingan, terutama pemain industri kenderaan elektrik (EV) terhadap aspek keselamatan,” katanya pada sidang media di parlimen.

Panduan penyediaan EVCB meliputi beberapa aspek termasuk, lokasi peletakan, bilangan keperluan, saiz serta penyediaan suis pengasingan elektrik utama EVCB.

Bagi tujuan ini, pengendali Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik diberi tempoh dua tahun untuk melaksanakan GPP EVCB ini seperti yang telah ditetapkan.

Menurut beliau, GPP terpakai untuk pembangunan pengecasan kenderaan elektrik sedia ada dan baru.

“Kesemua pengecasan ini walaubagaimanapun disediakan sebelum GPP EVCB diwujudkan. Jadi tidak perlu kelam kabut pengendali diberi tempoh untuk pemutihan,” katanya.

Menurut beliau lagi, penetapan GPP EVCB disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

“Jenis pengecasan adalah arus ganti (alternating current-AC) atau jenis arus terus (direct currect- DC) yang mematuhi ketetapan Guide on Electric Vehicle Charging System (EVCS) 2021 oleh Suruhanjaya Tenaga (ST),” katanya lagi.

Baca:

Bukan Shila Amzah sahaja, ada 5 lagi pergaduhan adik beradik, termasuk keluarga diraja pun ada

Peliknya adat kahwin Kazakhstan, aktor ini cerita bagaimana ‘kejantanan’ beliau diuji

Jangan main-main istilah ‘anak papa’, silap hari bulan boleh bawa gaduh, dah berlaku dalam parlimen