Realtime website trackingweb stats

Kerajaan Sarawak umum bonus 2 bulan gaji kepada penjawat awam, pelajar IPT pun terima tempias

Oleh HADI KAMARUDIN

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, mengumumkan beberapa insentif menarik bagi menghargai sumbangan penjawat awam negeri

Dan membantu pelajar Sarawak yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK)

Mengikut laporan Harian Metro, penjawat awam di Sarawak akan menerima Bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK)

sebanyak dua bulan gaji, yang akan diberikan pada akhir Disember 2024.

Kerajaan Sarawak umum bonus 2 bulan gaji kepada penjawat awam, pelajar IPT pun terima tempias

BKK ini akan dikira berdasarkan gaji pokok bulan November 2024.

Bagi penjawat awam Persekutuan yang bertugas di Sarawak pula, mereka akan menerima BKK sebanyak RM700 secara one-off, yang dijangka dibayar pada suku pertama tahun 2025.

Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Kerajaan Sarawak juga akan memperkenalkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang melibatkan penyelarasan gaji penjawat awam negeri, bermula Januari 2025.

Sebagai tambahan, elaun khas bulanan akan diberikan mengikut gred kumpulan:

-RM400 untuk kumpulan pelaksana Gred 1-4
-RM500 untuk kumpulan pelaksana Gred 5-8
-RM600 untuk kumpulan pengurusan dan profesional Gred 9-15
-RM700 untuk kumpulan pengurusan tertinggi
Bantuan Khas untuk Pelajar IPT

Anak Sarawak yang sedang menuntut di IPT di seluruh negara turut akan menerima wang saku RM1,200 secara one-off, tanpa mengira pendapatan keluarga.

Jumlah Implikasi Kewangan

Semua insentif ini melibatkan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM190 juta, menurut Tan Sri Abang Johari ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam.

Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam meningkatkan kebajikan penjawat awam dan menyokong pendidikan anak-anak Sarawak.

BACA: Menteri dedah punca Malaysia berdepan risiko rugi RM100 bilion