Kerajaan China tawar ganjaran RM900 untuk pasangan yang daftar kahwin. Dalam usaha menggalakkan perkahwinan dan meningkatkan kadar kelahiran, pihak berkuasa Luliang di wilayah Shanxi, China telah memperkenalkan insentif menarik buat pasangan yang mendaftarkan perkahwinan mereka di bandar tersebut.
Menurut laporan Global Times, pasangan yang sah berkahwin di Luliang akan menerima ganjaran sebanyak 1,500 yuan (RM900).
Insentif Khas untuk Keluarga dan Bayi Baru Lahir
Selain bonus perkahwinan, pihak berkuasa turut menawarkan pelbagai manfaat lain, termasuk subsidi dan insurans kesihatan untuk bayi yang baru lahir.
Lebih menarik, pasangan yang mempunyai anak juga bakal menerima insentif kewangan berdasarkan jumlah anak mereka:
✅ Anak pertama: RM1,200
✅ Anak kedua: RM3,000
✅ Anak ketiga: RM4,900
Dengan dasar ini yang telah berkuat kuasa sejak 1 Januari, Luliang kini menjadi antara bandar di China yang mengambil langkah agresif untuk menangani kadar kelahiran yang semakin menurun.
BACA LAGI :
Ini 3 sebab perniagaan perlu amalkan Sistem e-Invois dalam pembayaran cukai
Bukan mahasiswa sahaja, kini warga emas pun boleh jadi ‘intern’
Kerajaan Sarawak umum bonus 2 bulan gaji kepada penjawat awam, pelajar IPT pun terima tempias