Realtime website trackingweb stats

Kerabu belimbing buluh campur budu & isi ikan, hidangan simple untuk juadah berbuka

Oleh ADINDA

Biasanya, belimbing buluh ini digunakan dalam hidangan seperti sambal, gulai, atau halwa.

Tetapi, ternyata ia juga boleh dijadikan sebagai hidangan kerabu.

Rasanya memang unik berbanding dengan kerabu yang lain.

Kerabu belimbing buluh campur budu & isi ikan, hidangan simple untuk juadah berbuka

Untuk menambahkan lagi kesedapan, bolehlah dicampurkan dengan budu dan ikan goreng yang dihancurkan.

Sungguh menggiurkan!

Bagi sesiapa yang berminat untuk mencubanya, anda boleh mengikuti petua yang dikongsikan oleh Crystal Soo ini.

Bahan-bahan:

• Belimbing buluh (dihiris nipis)
• Bawang merah (dihiris halus)
• Kelapa goreng
• Isi ikan goreng
• Timun (dihiris)
• Bunga kantan (diracik halus)
• Daun kesom (diracik halus)
• Budu & gula

Cara Membuat:

1. Hiris halus semua bahan dan masukkan ke dalam bekas.

2. Tambahkan sedikit budu dan gula sesuai dengan selera.

Selamat mencuba!

Baca:

Memang ada permohonan tapi konsert kontroversi Choii tiada kelulusan negeri Kedah

Peningkatan insiden keganasan di Gaza punca PM Palestin letak jawatan, cadang langkah politik baharu

“Sejujurnya saya …” – Anna Jobling sifatkan Puteri Ameerah sangat tertib, sempat ‘girl talk’ 2 jam