Realtime website trackingweb stats

Kepada pelanggan Maybank, selepas 31 Oktober 2023, pendaftaran baharu Secure2u hanya dibenar melalui ATM 

Oleh AHMAD ISMAIL

 

Maybank baru-baru ini mengumumkan tindakan terkini untuk meningkatkan keselamatan pengguna dan mengatasi jenayah scam.

Mulai 31 Oktober 2023, semua peranti baru yang ingin mendaftar Secure2u untuk melakukan transaksi Maybank hanya dibenarkan melalui ATM.

Ini bermakna bahawa pengaktifan Secure2u melalui telefon pintar tidak lagi dibenarkan.

Tindakan terkini ini akan terpakai kepada mereka yang mendaftar akaun Maybank selepas 31 Oktober 2023 dan mereka yang mendaftar Secure2u menggunakan peranti baharu selepas tarikh tersebut.

Ikuti cara untuk mengaktifkan Secure2u melalui ATM Maybank:

1. Lawati mana-mana ATM daripada Maybank.

2. Masukkan kad Maybank beserta nombor pin

3. Pilih Aktifkan Secure2u dan ikuti langkah yang tertera pada skrin ATM.

4. Pengguna perlu menanti sekurang-kurangnya 12 jam sebelum Secure2u aktif digunakan untuk membuat sebarang transaksi.

Dato John Chong, CEO Kumpulan Servis Komuniti Kewangan, menyatakan bahawa langkah terbaru yang diperkenalkan membolehkan pelanggan mengesahkan identiti mereka dan menghindari penggunaan pihak ketiga.

Maybank telah menyediakan lebih daripada 3,000 ATM Maybank di seluruh negara untuk memudahkan pengguna mengeluarkan dan mengaktifkan Secure2u ini.

Baca:

Sanggup bakar diri sendiri marahkan bahasa Hindi, mujurlah Malaysia awal dah junjung bahasa kebangsaan

3 selebriti global ini lantang bersuara walau dicop anti-Semitik

9 aksesori dan gajet kereta paling popular dibeli oleh pengguna, setiap kereta wajib ada