Sebelum meneliti pelan pelaksanaan imunisasi Covid-19, anda perlu maklum penghantaran pertama vaksin datang daripada Pfizer dan BionTech, yang menunjukkan keberkesanan tinggi, 95 peratus.

Vaksin daripada Pfizer dan BionTech cukup untuk memenuhi keperluan 12.5 juta rakyat Malaysia (dua dos setiap seorang), atau 39 peratus daripada populasi.

Pelbagai cara dilakukan untuk mencegah COVID-19 tetapi ketika ini usaha paling berkesan adalah dengan pengambilan vaksin. Di Malaysia peruntukan untuk pembelian vaksin telah diluluskan tetapi masih ramai rakyat yang tidak menerima vaksin.

Sedangkan sebelum ini menteri berkata akan menjanjikan sekurang-kurangnya 75,000 orang sehari untuk menerima vaksin dengan Menteri Kesihatan pula menjanjikan 126 000 sehari. Tetapi sekarang kelihatan masih perlahan dan rakyat berhak untuk mengetahui apa masalahnya. Adakah wujud birokrasi di tempat-tempat tertentu atau ada agenda tersorok dalam diam.