Kenali jenis bra dan setiap fungsinya

Oleh AHMAD ISMAIL

Pakaian dalam dikenali sebagai bra atau coli merupakan pakaian wajib dipakai oleh wanita. Bagaimanapun, terdapat banyak jenis bra yang perlu diketahui dengan fungsi yang berbeza – beza.

Tahukah anda, memakai bra yang tidak sesuai dengan peringkat umur, boleh menyebablan kekurangan sokongan pada bahagian dada.

Ia memberi kesan kepada otot leher dan belakang badan untuk bekerja lebih keras untuk menyokong payudara.

Kenali jenis bra dan setiap fungsinya

Jika dibiarkan, anda boleh mengalami sakit bahu, lengan, leher, punggung dan ruam hingga sakit dada.

Menurut perkongsian dari laman portal menunjukkan jenis bra dan fungsi yang perlu anda ketahui:-

1. Plunge bra

Plunge bra mempunyai potongan rendah di bahagian tengah, tetapi cukup berkesan menutup bahagian sisi payudara. Jika anda memakai pakaian berleher V seperti t-shirt, kemeja atau gaun, anda harus memilih bra jenis ini.

2. Nursing bra

Nursing bra adalah untuk ibu yang menyusukan anak. Bentuk bra ini hampir sama dengan bra biasa untuk setiap hari. Bezanya ialah bahagian cawan (cup) bra mempunyai cangkuk supaya mudah dibuka dan ditutup ketika menyusu atau mengepam susu ibu.

3. Maternity bra

Maternity bra adalah khusus buat ibu hamil. Bra jenis ini direka dengan tali besar tanpa wayar, untuk menyokong saiz payudara yang agak membesar semasa kehamilan.

4. Underwire bra

Underwire bra dilengkapi dengan kawat fleksibel yang membantu mengangkat payudara dari bahagian bawah dan sisi, supaya ia tidak mudah goyang terutama jika saiz payudara anda besar, bra underwire sangat sesuai digunakan supaya rasa selesa.

5. Sport bra

Jika anda sedang bersenam, sport bra ini sangat bagus kerana fungsinya sangat sesuai untuk menyokong payudara semasa melakukan pelbagai gerakan sukan.

Sport bra yang terbaik mestilah mampu memberikan perlindungan penuh kepada bahagian cup payudara, serta mempunyai bahan yang mudah menyerap peluh.

6. Strapless bra

Strapless bra adalah jenis bra tanpa tali, tetapi masih selamat untuk digunakan setiap hari atau ketika memakai gaun tanpa lengan. Ada bra tanpa tali yang menggunakan kawat di bahagian bawah dan cangkuk belakang untuk mengekalkan sokongan payudara.

7. Soft cup bra

Soft cup bra adalah pilihan terbaik untuk kanak-kanak perempuan dengan saiz payudara kecil hingga sederhana. Ia menawarkan pad buih iaitu kusyen payudara yang lembut. Selain rasa selesa, bra ini tidak akan membuatkan rasa tidak selesa bila dipakai.

Baca:

Apa yang best sangat ada dalam Menara Merdeka 118? Ini fakta unik dan tempat menarik yang wajib dikunjungi

Tiga negeri dah kena ketukan misteri, sekarang giliran Perlis, mungkin suruh solat tahajud

Betul ke bahaya makan tempe dibalut daun pisang, tempe dalam plastik lagi selamat?