Realtime website trackingweb stats

Kena kejar dan libas dengan ekor buaya, Bang Buya pernah ambil keputusan berhenti buat pertunjukan

Oleh ABDULLAH HAMID

Walaupun kena kejar atau dilibas dengan ekor buaya tetapi lelaki ini yang mesra dipanggil Bang Buya tidak kenal erti serik.

Namun, selepas buaya kesayangannya yang diberi nama Mat Ali mati, beliau ambil keputusan berhenti buat pertunjukan untuk fokus dengan pelajaran.

Pemilik nama kepada Saifullah Muhammad Sarath ini memberitahu sejak di bangku sekolah lagi dia sudah dilatih cara ‘bermesra’ dengan buaya.

Kena-kejar-dan-libas-dengan-ekor-buaya 01

Ayah kepada tiga anak berusia dua hingga tujuh tahun itu juga tahu bagaimana untuk menjinakkan buaya.

Lantaran tidak gentar dengan reptilia itu, beliau bahkan mendapat jolokan Putera Buaya.

Dalam usia kanak-kanak lgi beliau sudah berani membuat pertunjukan beraksi seperti duduk dan berbaring di atas buata ketika berusia sembilan hingga 13 tahun.

Sejak dua tahun lalu, menjadi penjaga haiwan di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka, rutin hariannya menjaga dan memberi makan kepada haiwan itu.

Berkongsikan mengenai bapanya, Muhammad Sarath Abdullah, 63, yang juga Pengurus Operasi Taman Buaya dan Rekreasi Melaka merupakan individu yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepadanya mengenai cara mengendalikan buaya.

Ilmu dan pengalaman itu, kata beliau, banyak membantunya membiasakan diri dengan ragam buaya yang diakui mengganas pada waktu tertentu.

“Saya sudah didedahkan dengan buaya sejak 1999 dan kebetulannya, ayah menyandang jawatan sebagai pengurus besar di taman buaya.

“Waktu itu berlaku kegawatan ekonomi jadi pihak pengurusan (Taman Buaya dan Rekreasi Melaka) merancang elemen kejutan untuk menarik kedatangan pengunjung dengan menampilkan persembahan kanak-kanak beraksi bersama buaya.

“Ayah tawarkan saya peluang itu dan bertitik tolak daripada situ, saya dapat pendedahan awal kerana perlu menjalani latihan selama dua bulan sebelum membuat pertunjukan sulung,” katanya, lapor Harian Metro.

Saifullah bersyukur kerana masih dilindungi Allah dan belum pernah mengalami kecederaan serius hasil didikan ayahnya.

Keberanian beliau mengendalikan buaya menarik perhatian orang ramai apabila akaun TikTok miliknya meraih hampir setengah juta pengikut.

 

Baca : 

“Itu cross salib, dia tak tahu ke?” – Dituduh pakai anting-anting bentuk salib, ini jawapan Scha Alyahya 

“Anak saya, makcik pulak yang panas”- Isteri Remy Ishak bidas netizen persoal gambar tak nampak muka anak 

Maklumat lengkap STR 2024 termasuk jumlah baharu dan jadual bayaran