Ramai orang cuba menanam pokok kesum di rumah.
Biasanya, mereka menggunakan potongan batang yang direndam terlebih dahulu sehingga tumbuh akar.
Kemudian, baru pokok itu ditanam.
Namun, seringkali masalah timbul apabila batang pokok kesum direndam tetapi akarnya tidak tumbuh, menyebabkan batang itu menjadi lembik dan reput.
Akhirnya, usaha menanam pokok kesum itu gagal.
Ramai orang juga tertanya-tanya mengapa perkara ini kerap berlaku.
Tariq Syahman, yang sering berkongsi tips berkebun, memberikan penjelasannya.
Mengapa batang pokok kesum yang direndam tidak tumbuh akar dan menjadi lembik?
Mengapa apabila saya rendam batang daun kesum, ia tidak tumbuh akar, malah menjadi lembik dan reput?
Jawapan:
1. Potongan belum cukup masak.
Kita perlu menggunakan batang yang keras dan sedikit berkulit kayu.
Jika batang masih muda, biasanya ia akan menjadi lembik.
2. Perlu gunakan potongan yang baru.
Walaupun potongan itu sudah cukup tua, tetapi jika telah berhari-hari tidak terkena air, ia mempunyai risiko tinggi untuk mati.
Contohnya, seperti potongan yang dibeli di pasaraya.
Walaupun nampak segar, tetapi mungkin sudah dipotong dari pokok induk selama 2-3 hari.
3. Terlalu banyak daun pada potongan.
Sebelum direndam dalam air, potonglah daun-daun yang ada, tinggalkan hanya sedikit sahaja.
4. Terdedah kepada panas matahari yang terlampau.
Lebih baik letakkan di tempat yang teduh dan cahaya matahari tidak langsung.
Apabila sudah keluar akar baru, pindahkan ke tempat yang lebih terang.
5. Tidak mencukupi air.
Pastikan air dalam bekas itu sentiasa mencukupi.
Jika air kehabisan semasa akar baru tumbuh, biasanya ia akan terhenti dan mudah mati.
Sebab-sebab lain yang tidak dapat kita jangka ialah seperti apabila tumbuhan di serang oleh serangga perosak atau apabila kucing-kucing liar mengganggu kawasan rendaman itu.
Jangan putus asa jika gagal pada percubaan pertama.
Teruskan mencuba.
Saya sendiri pernah membeli daun kesum dari pasar raya sebanyak 3-4 kali dan merendamnya tetapi tidak berhasil.
Semoga berjaya!
Baca:
Penduduk gelar remaja ini ‘Newton versi Gaza’ selepas hasilkan sumber elektrik guna barang terbuang
Mak Shila Amzah dah mula luah rasa rindu, ini nasihat netizen kepada Mamazie
Orang Penang buat hal! Lelaki ini pecah rekod makan tak ingat dunia dalam masa 55 minit