“Kena faham saya…” – Lakonan Fazura terima kecaman, namun lain pula respon empunya diri

Oleh ARIF ABDULLAH

Penampilan Fazura dalam drama Lelaki Itu mendapat pujian daripada ramai netizen, tetapi ada yang tidak puas dengan beberapa dialog yang digunakan olehnya.

Fazura, yang berumur 41 tahun, menjawab kritikan tersebut dengan menyatakan bahawa dia hanya melaksanakan tugasnya sebagai pelakon dalam drama tersebut.

Sebagai seorang pelakon, adalah tanggungjawabnya untuk menyampaikan apa yang dikehendaki oleh pengarah dan penulis skrip dalam menceritakan cerita.

“Skrip bukan saya yang buat.

Ramai mungkin tak faham, saya hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelakon yang dibayar untuk mengikut kehendak skrip.”

Kena faham saya Lakonan Fazura terima kecaman namun lain pula respon empunya diri

“Skrip Lelaki Itu adalah olahan Erma dan punya interpretasi tersendiri.

Dia pernah cakap banyak mesej yang nak disampaikan dalam naskhah ini.”

“Kepada yang marah-marah di luar sana tu kena faham saya Fazura, anda tonton dalam drama itu Imani,” katanya kepada mStar.

Fazura bercerita tentang pengalamannya itu semasa ditemui dalam satu acara rumah terbuka yang dia anjurkan pada hari Sabtu.

Dalam drama itu, dia berperanan sebagai Imani, yang merupakan isteri kedua kepada Syed Mirza yang dilakonkan oleh Datuk Adi Putra.

Tambahnya lagi, Fazura mengakui bahawa dia berasa takut dan bimbang apabila pertama kali menerima skrip tulisan Erma Fatima.

Namun, setelah difikirkan dan dikaji dengan teliti, dia bersedia untuk mengambil peranan sebagai penyondol dengan gaya tersendiri.

“Mungkin ada kekurangan masing-masing yang menyebabkan terjadinya isu poligami.” – Fazura

“Saya beritahu Erma saya takut untuk bawa watak penyondol tapi dia cakap tak payah takut.

Kau tu ‘penyondol’ tak sengaja.”

“Bila saya fikir balik, memang betul kita selalu nak kecam penyondol tetapi kita tahu tak apa berlaku di sebalik perkahwinan seseorang itu.”

“Mungkin ada kekurangan masing-masing menyebabkan terjadinya isu poligami.”

“Saya ambil pendekatan untuk tidak menghakimi seseorang jika kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku.

Saya pilih untuk bersikap terbuka,” katanya.

Sebelum ini, satu dialog Fazura yang seolah-olah menyokong nasib orang ketiga dalam sebuah keluarga telah menimbulkan kemarahan penonton.

“Penyondol atau perampas tetap isteri yang sah.

Tidak pernah ada dalam hukum mengatakan penyondol atau perampas tidak berhak menuntut haknya,” katanya.

Baca:

“Ingatkan sinki, rupanya…” – Netizen keliru tengok reka bentuk dapur chef ini

Selepas 51 tahun bertapak di Malaysia, KFC umum tutup cawangan, alasan ini mengejutkan, siap beritahu beri kerja pada Muslim

Ini gaji anda kalau kerja di Dubai, patutlah air kosong pun RM50